,
Gaya Hidup

Wow! Vivo X21 Dilancarkan, Ini 4 Ciri Hebat Yang Anda Perlu Tahu

Amri Hassan
22/06/2018
04:25 MYT
Vivo Malaysia telah melancarkan telefon pintar pertama yang dicipta dengan teknologi pengimbas cap jari terbina pada skrin paparan iaitu Vivo X21.
Dengan ciri ini, Vivo X21 dapat meminimumkan saiz peranti sekali gus memaksimumkan paparan skrin hadapan.
Malah, Vivo X21 dilengkapi dengan paparan penuh skrin peranti hadapan, fotografi AI dan teknologi pengecaman wajah yang lebih efisyen.
Berikut kami senaraikan ciri-ciri menarik yang ada pada telefon pintar Vivo X21.
1) Teknologi keselamatan kekunci skrin berganda
Sebagai perintis teknologi pengimbas cap jari terbina pada skrin paparan, Vivo telah menyediakan sistem keselamatan yang menyakinkan kepada pengguna.
Vivo X21 menggantikan sensor cap jari pada skrin hadapan dengan teknologi terkini pengimbas cap jari terbina (In-Display Fingerprint Scanning Technology).
Pengguna tidak perlu tercari-cari butang khas semata-mata untuk membuka kekunci paparan skrin lagi selepas ini.
Selain itu, Vivo X21 meningkatkan teknologi pengecaman wajah (Face Access) untuk langkah keselamatan lebih optimum.
2) Kepuasan paparan skrin maksima
Vivo X21 hadir dengan paparan skrin penuh 6.28 inci 19:9 FHD+ dengan saiz sisi 1.66 mm untuk pengalaman menonton skrin lebih luas berbanding telefon pintar lain.
Vivo juga telah menambah baik perisian dan mencipta bar notifikasi.
Malah, Vivo X21 menggunakan teknologi warna P3 dan menyokong warna paparan skrin yang lebih terang dan jelas.
Rekaan X21 juga sangat ergonomik daripada setiap penjuru dan sudut untuk memberikan keselesaan pengguna memegang. Memang elegan!
3) Fotografi seperti profesional
X21 meneruskan tradisi fotografi berkualiti tinggi dengan dwi-kamera 12MP + 5MP dengan bukaan aperture f/1.8 pada kamera utama.
Ia disokong oleh 1.28μm piksel yang boleh mempertingkatkan kejelasan gambar.
Di samping itu, teknologi fokus yang cepat mampu menangkap setiap detik gambar dengan pantas.
Manakala bagi kamera swafotonya pula, vivo X21 menggunakan lensa 12MP f/2.0 dengan sokongan fungsi AI Beauty. Ia turut akan dikuasakan dengan bateri 3,200 mAh.
Teknologi AI HDR pula turut disertakan dalam peranti ini, ia mampu mengesan intensiti cahaya di sekeliling anda untuk menghasilkan kualiti gambar yang bagus walaupun dalam keadaan gelap.
4) Keseronokan berhibur
Dari segi spesifikasi, Vivo X21 dilengkapi cip Snapdragon 660, memori 6GB RAM, dan storan sehingga 128GB.
Ia menggunakan dwi-kamera belakang gabungan 12MP + 5MP, selain kamera hadapan 12-megapixel dengan sokongan pemancar infra-merah.
Bagi gamer tegar, sistem X21 akan menyesuaikan keadaan CPU dengan kandungan aplikasi permainan.
Selain dilengkapi dengan cipset AK4376A dan teknologi Deep Field, X21 memberikan kesan bunyi yang lebih jelas dan pelbagai.
Vivo X21 dijual dengan harga bermula RM2,299 dan boleh mula didapati di pengedar sah vivo di seluruh negara pada 9 Jun ini, eksklusif bersama Digi.
Dengan kolaborasi khas bersama Digi ini, pengguna yang membeli mana-mana produk telefon pintar Vivo akan menerima internet tambahan 5GB selama 12 bulan apabila mendaftar untuk plan Digi Postpaid.
Pengguna boleh mula menebus tawaran istimewa ini bermula Julai. Tertakluk pada terma & syarat.
Foto: Vivo Malaysia, Google
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Keluang Man

Tahu Kisah Wira Harian Yang Penuh Inspirasi? Calonkan Pilihan Anda Sekarang & Berpeluang Menang RM10,000!

gempak
16/09/2024
00:13 MYT
Sempena Hari Malaysia yang akan berlangsung pada 16 September, Astro dan Wonda bergabung untuk meraikan Wira Wonda Kita! Wonda akan mengambil alih Astro Ria dan 13 stesen radio Astro menjadi Astro Wonda Ria dan Wonda FM sepanjang hari.
Advertorial

Sakit Hati Nak Stream X-Change Tapi Internet Slow? Tak Perlu Pening Kepala Langgan Pelan redONE Postpaid 5G SMART Untuk Telefon Pintar 5G PERCUMA Serta Data Pantas Tanpa Drama!

gempak
31/08/2024
05:55 MYT
Bayangkan tengah syok layan drama tapi internet asyik buffering, siapa je yang tak annoyed kan?
Advertorial

Sheriff Jalankan Misi Ops CLEAR Tewaskan Halangan, Bagaikan Syampu CLEAR Takkan Sentap Bila Seratus Peratus Mantap!

gempak
23/08/2024
07:20 MYT
Tidak dinafikan kehidupan sebagai selebriti pasti menjadi sorotan masyarakat sama ada dari segi kehidupan mahu pun penampilan.
Advertorial

Talentbank Umum Senarai Universiti Pilihan Majikan 2024, Sasar Untuk Tingkatkan Peluang Pekerjaan Selepas Tamat Pengajian

gempak
05/08/2024
06:55 MYT
Talentbank, dalam menerajui dan meningkatkan daya kebolehpasaran para graduan serta menghubungkan bidang akademia dengan sektor industri, telah mengumumkan senarai yang dinantikan ramai iaitu senarai Universiti Pilihan Majikan 2024.
Advertorial

Nak Tonton Ke Kodiang With Love Dengan Barisan-Barisan Pelakon? Beli Ribena Untuk Berpeluang Memenangi Tiket Secara Eksklusif Ke Tayangan Drama

gempak
16/05/2024
13:25 MYT
Buat peminat-peminat Ke Kodiang With Love, apa persamaan Hun Haqeem dengan Ribena? Nak tahu jawapannya? Mestilah dua-dua sama-sama manis! Jadi untuk tambahkan lagi kemanisan itu, Ribena telah menjalankan satu pertandingan di mana peminat-peminat berpeluang menyaksikan tayangan Ke Kodiang With Love finale bersama pelakon-pelakon drama tersebut.
BorakSeeni