Siri popular Netflix, La Casa De Papel atau Money Heist sememangnya digemari ramai.

Seperti diketahui ramai, Money Heist musim kelima (Volume 2) telah menemui penonton bermula 3 Disember lalu.

Terbaru, selebriti popular tanah air, Zizan Razak mencetus tanda tanya apabila muncul mengenakan persalinan merah seperti yang dipakai ketika aktiviti rompakan dalam Money Heist.

Zizan juga kelihatan seperti sedang berada di set penggambaran sambil memakai persalinan merah yang terkenal itu.

Persoalannya, adakah Zizan berlakon dalam Money Heist? Adakah selebriti versatil ini mempunyai projek terbaru bersama pihak Netflix?

Gempak masih cuba menghubungi Zizan untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang perkara ini. Stay tune!