Skip to main content

Budaya Popular

XONE Tampil Berani Dengan Imej 'Punk', Tak Kisah Jika Dikecam - ”Orang Suka Atau Pun Tidak, Inilah Kami”

whatsapp-image-2024-11-29-at-10-46-02-pm.jpeg

Kumpulan duo remaja XONE tampil berani dengan imej mereka yang berkonsepkan pop-punk.
 

Menurut Ellya Keesha, dia dan Nelysa Kay tidak langsung terbit rasa gusar mengenai tanggapan netizen yang mungkin kurang senang dengan imej yang mereka gayakan.
 
"Saya rasa itu semua tidak penting. Orang suka atau tidak, ini adalah kami. Ini memang imej kami.

 
"Apa yang kami tonjolkan pada petang ini, inilah cara dan gaya kami," katanya ditemui di majlis Pelancaran Muzik Video Langgar! pada Jumaat.
 
Bagaimanapun kata Ellya, dia juga yakin walaupun akan ada yang kurang selesa dengan gaya yang dikenakan, pasti ada individu atau peminat yang akan menerima cara mereka.
 
"Saya yakin bukan semua orang tidak menyukai kita. Dalam sepuluh pasti ada satu atau dua yang akan menerima cara kami.
 
"Kepada yang tidak suka. Kami terima dan tidak boleh berkata apa-apa,” ujarnya ringkas.
 
XONE muncul dengan single ketiga bertajuk Langgar! selepas tampil dengan dua single album sebelum ini.
 
Langgar menyampaikan mesej berani untuk sesiapa sahaja yang bersedia bangkit.
 
Lagu ini juga dilihat menyerlahkan lagi sisi XONE yang lebih berani dan kuat sebagai remaja perempuan.
 
Langgar digubah oleh komposer Audi Mok dan Shazee Ishak.
 
Dalam MV berkenaan, XONE turut melibatkan penari dalam klip berkenaan untuk menampilkan gaya yang lebih bertenaga.
 
Lagu 'Langgar' kini boleh didengari disemua platform bermula malam ini.

Must-Watch Video

Advertisement