Laman Utama

“Ya Allah Perangai Betul” - Wajah Epik Gelak Nampak Sedih Wany Hasrita Lawak Betul, Macam Filter TikTok

Mya Amri
06/06/2022
13:45 MYT
Team penyanyi Wany Hasrita merupakan pemenang minggu pertama program Karaoke Superstar.
Namun apa yang menarik perhatian bukanlah kemenangan tersebut sebaliknya gelagat Wany berserta mimik mukanya ketika mengambil piala membuatkan penonton lebih terhibur.
Rasanya anda pasti mengenali trend TikTok popular yang menukarkan wajah seseorang menjadi sedih kan? Ha kali ini real punya guys, tak ada filter!
Siapa yang lakukan? Sudah tentulah Wany Hasrita! Wajah epik gelak tetapi nampak sedih yang dilakukan Wany ternyata berjaya menghiburkan penonton.
Rata-rata yang memberikan komen di Instagram juga geram dengan perangai Wany yang spontan dan sporting itu.
“Wany, lawaklah Wany ni,” komen @zurina141
“Perangai tau @wanyhasrita” tulis @syidah.jo
Komen-komen itu juga turut disertakan dengan emoticon ketawa.
Selain itu antara segmen lain menarik perhatian adalah Messy Up Star di mana Wany dan penyanyi Zamani Slam yang merupakan pihak lawannya perlu menyanyikan dua lagu yang telah di mash up mengikut gaya tersendiri.
Bagaimana pula dengan minggu hadapan? Siapakah pemenangnya?
Sama-sama kita nantikan.
Saksikan Karaoke Superstar, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, Karaoke Superstar boleg distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro Go.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Semua Peserta All Out! Yuna Akui Tertekan, Bunga Citra Lestari Stres… Ini Komen-Komen Juri Pada Minggu Pertama

gempak
22/07/2024
02:55 MYT
Juri-juri Gimme The Mic Malaysia menyifatkan konsert minggu pertama agak mencabar dalam memilih peserta yang terbaik.
Viral

Duduk Dalam Keadaan Pelik, Aksi Lucu Kucing Ini Buat Netizen Tak Kering Gusi - “Dia Tengah Buat Pilates Tu”

gempak
21/07/2024
06:55 MYT
Gelagat dan telatah kucing yang comel dan lucu seringkali mencuri tumpuan ramai pihak.
Hiburan

Isteri Sakit Kaki, Halim Radzi Sanggup Tukar Kasut Pakai Heels Dalam Mall! Netizen Puji - “Untungnya Dapat Suami Sporting”

gempak
20/07/2024
21:50 MYT
Pelakon, Halim Radzi mendapat perhatian netizen selepas isterinya aktres, Sharifah Husna berkongsi satu video lucu merakamkan suaminya memakai kasut tumit tinggi.
gimme-the-mic

#TikTokGimmeTheMic: Yuna Teruja Jadi Juri, Suka Konsep Cari Bakat Baharu - “Kami Mahu Tengok Adakah Peserta Itu…”

gempak
18/07/2024
11:55 MYT
Menurut Yuna atau Yunalis Mat Zara’ai, 38, dia menyifatkan pembabitannya sebagai salah seorang juri adalah tertarik dengan konsep program yang mengetengahkan bakat baharu.
Viral

Ini Fakta Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Apartment Viral ‘The Netizen’

gempak
16/07/2024
12:55 MYT
Uniknya perumahan di Malaysia, setiap kediaman yang dibangunkan pasti diberi nama. Ada yang menggunakan bahasa Melayu dan ada juga kediaman menggunakan bahasa Inggeris sebagai nama rasmi.