,
Laman Utama

“Ya Allah Power Betul Berlakon Air Mata” - Wawa Zainal Terkejut, Menangis Lihat Lakonan Hayla

Mya Amri
15/04/2022
02:50 MYT
Pelakon Wawa Zainal tidak menyangka anak perempuannya, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa memiliki bakat lakonan yang bagus.
Lebih-lebih lagi babak sedih yang memerlukan anak kesayangannya itu mengalirkan air mata.
Menurut Wawa, Hayla juga mendapat pujian daripada pihak produksi kerana pandai menjiwai watak adegan sedih.
“Ya Allah tak sangka power betul berlakon air mata ek. Request air mata zass terus keluar. Crew-crew cakap macam ada suiz.
“Satu hari nanti kau akan terkenal satu Bukit Bintang dik. Nantikan drama hari raya Hayla nanti. Mak dia pun feeling tau nangis,” coretnya.
Hantaran itu turut disertakan dengan video pendek yang merakamkan gelagat Hayla sedang menjiwai watak lakonannya.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya memuji bakat Hayla dan tidak sabar untun menonton drama tersebut.
Setakat ini video yang dikongsi itu menerima lebih 80,000 jumlah tontonan di Instagram.
Wawa dan Aeril mendirikan rumah tangga pada tahun 2013.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 6, Ayya Soffya, 2 dan Muhammad Fahri 4 bulan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Anggap Tiada Keperluan Tayang Badan Ketika Berlakon, Hisyam Hamid Enggan Lakukan Adegan Keterlaluan - “Kadang-Kadang Saya Rasa Cringe”

gempak
19/10/2024
23:55 MYT
Pelakon, Hisyam Hamid lebih selesa untuk tidak menonjolkan tubuh badan sewaktu berlakon.
Hiburan

Cik Epal Dedah Terima Tawaran Berlakon - “Aku Beraksi Lepas Iddah, Kang Duda Aku Meroyan Pula”

gempak
16/10/2024
08:25 MYT
Kontroversi yang melibatkan usahawan dan pempengaruh Jofliam dan Cik Epal dilihat masih lagi hangat diperkatakan warganet hingga ke hari ini.
Hiburan

Panas Baran Noki Kini Dah Kurang - "Saya Cuba Dekatkan Diri Dengan Tuhan"

gempak
30/09/2024
07:55 MYT
Penyanyi rap, Noki K-Clique mendedahkan dirinya kini lebih fokus kepada ibadah dan mendekatkan diri dengan hal keagamaan.
Sukan

"Saya Mampu Lakukan Apa Saja Termasuk Berlakon" - Jojo Ghazali

gempak
29/09/2024
09:26 MYT
Jaguh Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar, mendedahkan dia mampu melakukan apa sahaja selain daripada bertarung dalam gelanggang mahupun bertempur dengan bintang ternama dunia.
Hiburan

Sanggup ‘Terbang’ Sekali Seminggu Untuk Kelas Berlakon, Syamim Freida Syukur Terima Tawaran Filem Produksi Indonesia - “Ini Untuk Growth Saya..”

gempak
23/09/2024
11:55 MYT
Sempena 10 tahun dalam industri seni, pelakon, Syamim Freida sanggup ‘terbang’ ke negara seberang demi menimba ilmu lakonan.
BorakSeeni