Laman Utama

“Ya Allah, Sedihnya Tengok Orang Tua Terlantar Sakit” - Video ICU DG Hisham Buat Ramai Tersentak!

gempak
Hanafis Haris
03/05/2021
00:20 MYT
Sponsor Banner
“Ya Allah, Sedihnya Tengok Orang Tua Terlantar Sakit” - Video ICU DG Hisham Buat Ramai Tersentak!
Perkongsian sebuah video oleh Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah semalam mencetuskan kebimbangan ramai terhadap situasi Covid-19 di Malaysia.l

Menerusi video yang dimuat naik di Facebook itu, Dr Noor Hisham cuba memaparkan keadaan suasana pesakit kritikal Covid-19 di ICU Hospital Sungai Buloh, yang menggunakan ventilator.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini hampir kekurangan katil di hospital kendalian mereka ketika ini.

"Berkongsi pesakit Covid-19 yang kritikal di ICU Hospital Sungai Buloh.

"Kami hampir kehabisan katil. Jaga diri dan kekal selamat," tulisnya di Facebook.

Pada masa sama, Noor Hisham turut berkongsi berdasarkan statistik yang dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan.

Menurutnya, sebanyak enam hospital yang mempunyai katil rawatan kritikal atau ICU dikhususkan untuk merawat pesakit Covid-19 didapati melebihi ambang amaran dengan kadar penggunaan katil melebihi 70 peratus.

"Hospital berkenaan ialah Hospital Sungai Buloh, Hospital Kuala Lumpur, Hospital Ampang, Hospital Serdang, Hospital Selayang dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang yang mana ada di antaranya sudah pun menghampiri 100 peratus.

"Bagi Pusat Perubatan Universiti Malaya pula melaporkan penggunaan katil rawatan kritikal atau ICU Covid-19 pada kadar melebihi 50 peratus," katanya.

Sementara itu, menerusi ruang komen, rata-ratanya menitipkan doa buat petugas barisan hadapan supaya terus cekal menjaga pesakit Covid-19.

Ada yang bimbang, namun tidak kurang juga yang tersentuh dengan perkongsian video berkenaan.

Anda boleh lihat posting tersebut di bawah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024