Laman Utama
“Ya Allah Semangat Nak Selfie Dengan Bini Aku” - Hafiz Suip Happy Bila Isteri Berhijab, Ramai Doakan Semoga Istiqomah
Penyanyi Hafiz Suip tidak dapat menyembunyikan rasa gembira apabila melihat isterinya, Nureffy Jesreel memakai hijab.
Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya, Hafiz meluahkan rasa teruja dengan penampilan baharu isteri kesayangannya di bulan Ramadan.
“Ya Allah semangat gila aku nak selfie dengan bini aku Ya Allah… Semoga hidayat ke seluruh alam. Amin Amin Ya Rabbal’alamin. Cantik @nureffy,” tulisnya.
Hantaran itu juga disertakan dengan sekeping foto Hafiz yang sedang tersenyum lebar bersama Effy yang memakai hijab.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya mendoakan semoga Effy kekal berhijab dan istiqomah walaupun selepas bulan Ramadan.
Hafiz dan Effy mendirikan rumah tangga pada 2016 dan hasil perkahwinan itu pasangan ini dikurniakan dua cahya mata lelaki, Riyadh Zafri dan Alkaf Zayne.
Must-Watch Video