Pelakon Shaheizy Sam tampil dengan imej terbaharu berambut blonde dan bertindik pada bahagian hidung dan cuping telinga.

Imej itu bagaimanapun menarik perhatian netizen untuk melontarkan pandangan masing-masing termasuk mengecam tindakan pelakon lelaki itu.

"Orang lain sibuk nak nampak muda, kita sibuk nak nampak tua. Nak jadi macam idola, Uncle #WanHanafiSu," tulis Sam dalam salah satu entri Instagramnya.

Terkejut dengan imej tersebut, ada antara netizen yang mempersoalkan tindakan Sam mewarnakan rambutnya dan menindik telinga serta hidungnya.

Tidak kurang juga yang menasihati pelakon itu untuk tidak terikut-ikut dengan gaya sedemikian.








Namun, ada antara pengguna media sosial yang menyatakan subang pada anggota badan Sam itu hanyalah palsu.

"Wahh berlakon cerita baru lak ker bos!! Macam gangster punya watak ni," tulis salah seorang pengguna.

Sam kini bersama keluarganya sedang bercuti di Rusia sempena menyaksikan perlawanan bola sepak Piala Dunia FIFA 2018.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @shaheizy_sam