Sejak semalam, media sosial digemparkan dengan sebuah gambar menunjukkan sekumpulan pekerja dibawa beramai-ramai menggunakan lori.

Apa yang mengejutkan kesemua 48 pekerja itu baru dipakaikan gelang merah jambu selepas dijangkiti wabak Covid-19.

Difahamkan, kesemua mereka dibawa oleh pihak kilang untuk ditempatkan ke asrama penginapan mereka.

Namun, apa yang membuatkan ramai kecewa adalah layanan diberikan kepada pekerja-pekerja ini yang seolah-olah tidak berperikemanusiaan.

Ada diantara netizen tidak berpuas hati dengan sikap ‘acuh tak acuh’ oleh majikan.

Malah, ada menyifatkan layanan sebegitu hanya layak untuk haiwan ternakan seperti ayam.

“Come on Malaysia, you do this better. Ni dah macam bawak ayam naik lori, tu manusia weh”

“Kedekutnya, tak ada sifat kemanusiaan betul. Saya sendiri tak suka warga asing tapi tidak lah layan sebegitu.

“Layanan sungguh hina dan melampaui batas,” tulis beberapa netizen.

Sekadar info, pekerja-pekerja ini telah menerima wabak Covid-19 di kilang pemprosesan ayam di mana tempat bekerja.

Mereka kemudiannya telah dibawa ke Pusat Kesihatan Daerah (PKD) untuk dipakaikan gelang merah jambu.

Difahamkan, pemandu lori berkenaan telah disaman mengikut Seksyen 23(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menggunakan lesen kenderaan memandu (LKM) bagi tujuan yang lain.

Pihak pengurusan kilang turut disiasat kerana kesalahan tidak mematuhi perintah dikeluarkan pegawai berikutan perbuatan cuai yang mungkin membuatkan jangkitan terus menular dan merbahaya kepada nyawa.