Berita

“Yakin, Ikhtiar & Jangan Letih Berdoa...” - Elizad Sharifuddin Teringin Nak Jadi Ibu

gempak
Syafiqah Jalal
12/01/2020
23:02 MYT
Sponsor Banner
“Yakin, Ikhtiar & Jangan Letih Berdoa...” - Elizad Sharifuddin Teringin Nak Jadi Ibu
Pelakon dan pengacara Elizad Sharifuddin mendedahkan dia teringin hendak menimang cahaya mata dengan suaminya, Shamsul Baharin Abdul Rahman.
Sempena ulang tahun perkahwinan kelimanya pada 11 Januari lalu, Elizad, 36, meminta agar orang ramai mendoakan hajat untuk bergelar ibu termakbul.
“Selamat Ulang Tahun Perkahwinan yang kelima suamiku yang tercinta. Tahun ni kita masih berdua. Tak mengapa perancangan Allah itu cantik. Yakin Ikhtiar dan ikhtiar jangan letih berdoa.
“Kamu semua doakan kami sama ya. Mudah-mudahan berkat doa kalian, I will have a chance to become a mother,” tulisnya.
Penyampai radio Sinar itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri yang sama, Elizad memuat baik video khas memaparkan foto-foto perkahwinannya lima tahun lalu.
Kemas kini itu turut mendapat perhatian pengikutnya yang turut mendoakan kebahagiaan Elizad.
Elizad berkahwin dengan Shamsul pada 11 Januari 2015 yang merupakan duda anak dua.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live