Ahli kumpulan UNIC, Fakhrul, kecewa apabila ada pihak yang telah mempergunakan nama dan fotonya bersama penceramah bebas, Abdullah Khairi untuk memperdayakan orang ramai dengan perniagaan pelaburan palsu.

Menurut Fahkhrul UNIC atau nama sebenarnya, Mohd Fakhrul Radhi Khamarudin, 34, dia tidak menyangka ramai yang terpedaya meskipun sudah menafikannya sebelum ini.

“Banyak kali dah orang laporkan kepada saya bahawa ada orang pakai gambar kami dalam bisnes pelaburan.

“Sudah ramai jugak ustaz ustazah yang dah nafikan tapi yang pelik ramai yang percaya tu dah kenapa? Sah sah poster tak rasmi.

“Saya percaya anda bijak berfikir mana yang betul atau tak,” katanya.

Fakhrul mendedahkan perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Fakhrul turut memberi amaran kepada yang menjadi dalang kepada penipuan tersebut.

“Yang berniaga dengan menipu orang ni tak ke mana pun.

“Hasilnya haram, bagi makan anak bini hasil haram ni tak berkat dan neraka akhirnya,” tegasnya.

Difahamkan, poster yang digunakan itu merupakan poster untuk program Fakhrul terdahulu.

Banyak kali dah org dok report bagitau ada org pakai gambar kami dalam bisnes pelaburan..dah ramai jugak ustaz ustazah yg dh nafikan...tapi yg pelik ramai yg percaya tu dah knapa? Sah2 poster tak official..poster pun @tazkirahmalamjumaat poster album dgn ust @abdullahkhairi_official je pun takkan dh percaya..sy prcaya anda bijak berfikir mana yg btul atau tak.. . . yg buat berniaga dgn MENIPU org ni tak ke mana pun..hasilnya haram, bg mkn anak bini hasil haram ni tak berkat, neraka endingnya..baca surah almutaffifin ayat 1 & 2 . وَيْلٌ لِّلْمُطَفِّفِينَ . Maksudnya: Kecelakaan besar bagi orang-orang yang berlaku curang. . Nabi sabda tentang peniaga ni . فَقَالَ ‏"‏ إِنَّ التُّجَّارَ يُبْعَثُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فُجَّارًا إِلاَّ مَنِ اتَّقَى اللَّهَ وَبَرَّ وَصَدَقَ ‏"‏ . Nabi SAW bersabda: Pada hari kiamat kelak para peniaga akan dibangkitkan sebagai orang-orang yang jahat kecuali orang yang takutkan Allah, berbuat baik dan jujur.” . Riwayat al-Tirmizi (1210)

A post shared by Fakhrul UNIC (@fakhrulunic) on