Berita

“Yang Lain-Lain Semua Okay, Cuma Doktor Cakap Saya Kena...” - Norman Hakim Buat Pemeriksaan Jantung

gempak
Syafiqah Jalal
05/02/2020
09:44 MYT
Sponsor Banner
“Yang Lain-Lain Semua Okay, Cuma Doktor Cakap Saya Kena...” - Norman Hakim Buat Pemeriksaan Jantung
Aktor berbadan sasa, Norman Hakim mendedahkan dia telah dua tahun membuat pemeriksaan jantung di sebuah institut jantung.
Menurut Norman, perkara terbabit telah menjadi rutin dan dalam setahun, dia melakukan pemeriksaan tersebut beberapa kali.
“Dalam setahun, memang enam kali akan datang ke sini. Dua kali untuk temu janji bawa ayah, dua kali ambil ubat ayah dan dua kali untuk bawa diri sendiri untuk dua tahun sekali pemeriksaan rutin,” tulisnya.
Norman berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, Norman memuat naik fotonya bersama doktor di institut tersebut. Norman bersyukur kerana selepas membuat pemeriksaan, semuanya berada dalam keadaan yang baik.
”Alhamdulillah tahun ni lagi baik dari tahun sebelumnya.
“Berat badan dari 91 kilogram (kg) dah turun ke 87kg, lagi 2kg nak turun ke berat badan ideal (85kg).
“Yang lain-lain semua okay, cuma doktor cakap saya kena ‘tarik handbrake’ sikit sebab ‘hyperactive’, alamak,” katanya lagi.
Terdahulu, Norman pernah berkahwin dengan pelakon Abby Abadi pada tahun 2002 dan bercerai pada tahun 2008.
Hasil perkahwinan, Norman dan Abby dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.
Norman kemudian mendirikan rumah tangga dengan Memey Suhaiza pada tahun 2011.
Hasil perkahwinan kedua itu, mereka dikurniakan dua anak lelaki, Muhammad Darwisz Hakim, Muhammad Dikhriz Hakim dan seorang anak perempuan, Mikayla Delisha Hakim
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live