Berita
"Yang Memohon Macam Menakutkan Pula..Mendesak Lain Macam" - Abby Abadi Minta Orang Mohon Bantuannya Bersabar Sebab...
Pelakon Abby Abadi meminta jasa baik mana-mana pihak yang memohon bantuannya yang diusahakan menerusi projek amal dana Wallet Kasih PKP agar bersabar.
Ini kerana, menurut Abby, ada kalanya dia sendiri tidak menang tangan membalas semua mesej yang meminta bantuan kewangan daripadanya ekoran jumlah permohonan yang diterima terlalu banyak.
"Makin hari makin ramai merayu-rayu nak minta tolong, nak pinjam duit, sebab putus sumber pendapatan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni, jadi saya tergerak nak ajak sahabat-sahabat di sini bersama sebab kalau guna duit sendiri, sehari RM5,000 atau RM10,000, saya memang tak terkejar.
"Cumanya, makin runsing bila hampir sebulan Wallet Kasih PKP ni, yang memohon macam menakutkan pula. Mendesak-desak lain macam. Dah dapat, minta pula untuk mak ayah, adik-beradik, jiran tetangga," luahnya menerusi satu entri di Instagram.
Menurut Abby, dia sudah mencuba sehabis baik untuk membantu seramai yang boleh kerana faham dengan situasi semasa yang mana ramai terkesan apabila hilang punca pendapatan.
"Tambah stres bila ada yang tulis kata dah DM dua tiga hari saya tak respons, saya tak baca kenapa..aduhai...tak terkejar dik abang kakak, achik semua. Itu sebenarnya.
"Ramai sangat dalam DM saya. Saya semalam boleh tag kurang daripada 30 orang. Kadang saya kurangkan sebab dah nak naik juling rasa transfer duit tak berhenti.
"Sejujurnya, memang akan ada yang terlepas pandang. Memang takkan mungkin saya mampu penuhi kehendak semua. Jadi sabar dan solat okay. Mohon pada Allah supaya anda semua terpilih untuk rezeki daripada Wallet Kasih PKP ni ya," katanya.
Sebelum ini, Abby pernah bertindak menghulurkan sumbangan kewangan secara peribadi kepada mana-mana pihak yang meminta bantuannya.
Bagaimanapun, selepas itu, Abby tergerak untuk melaksakanan projek dana Wallet Kasih PKP sebagai usahanya untuk membantu lebih ramai lagi insan yang kurang bernasib baik di luar sana bersama pengikutnya.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Must-Watch Video