Gara-gara memiliki wajah seakan sama dengan suspek yang terbabit dengan kes pukul isteri dan bapa mertua baru-baru ini, penyampai radio Issey Fazlisham diserang netizen di laman sosial media Instagramnya.

Issey bagaimanapun tampil menjelaskan kekeliruan terbabit dan menyatakan foto yang tular di media sosial bukan dirinya.

"Tolonglah. Ini bukan saya gais. Ramainyalah orang tag, saya tak ada kena mengena dalam hal rumah tangga beliau," jelas Issey.

Tolong lah. Ini bukan saya gais. Ramainya la orang tag.. saya takda kena mengena dalam hal rumah tangga beliau. ? #gengissey #nampaksamatapibukandia

A post shared by issey (@isseyfazlisham) on


Namun, situasi itu jelas tidak menjernihkan keadaan apabila ada yang menyerangnya dan mencadangkan agar orang ramai memboikot aktiviti seni Issey.

"Kau ni Issey memang jahanam! Lepas ni jom kita boikot dia jangan suruh berlakon lagi dan halau dari Malaysia," tulis salah seorang pengguna di media sosial Facebook.

Bagaimanapun, Issey membidas kenyataan itu dan sekali lagi menegaskan dirinya bukan individu tular seperti yang dimaksudkan.

"Ya Allah dia tak habis lagi gais. Yang pukul bini dengan mertua tu orang lain. Bukan aku.

"Jangan maki aku gais. Siap nak halau Malaysia lagi," tambah Issey.

Ya Allah. Dia tak habis lagi gais. Gais. Yang pukul bini dengan mertua tu orang lainn. Bukan aku. Alahaiiii. Jangan maki aku gaiss. Siap nak halau malaysia lagi. Hahahahha . Yang mana terlepas boleh posting sebelumnya ok #gengissey

A post shared by issey (@isseyfazlisham) on


Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila tular rakaman kamera litar tertutup menunjukkan seorang lelaki membelasah seorang lelaki warga emas dan seorang wanita yang didakwa bekas isterinya.

Kejadian yang berlaku pada 4 September lalu telah dikongsi oleh kenalan mangsa di Facebook.

Mangsa dan bapanya dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan dan telah membuat laporan polis.

Malangnya bekas suaminya itu dilepaskan pihak polis atas faktor kesihatan kerana mengalami tekanan perasaan.