Pelakon popular, Jasmin Hamid berkongsi gambar bersama aktres Sabrina Ali ketika bertemu di Festival Filem Malaysia ke-30 (FFM30) baru-baru ini.
Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
Menurut Jasmin, Sabrina adalah seorang yang sangat merendah diri dan sentiasa bersikap mesra apabila bertemu.
"Masya-Allah cantiknya adikku Sabrina Ali, sentiasa humble dan kalau jumpa, dia pasti akan tegur sapa," tulis Jasmin sebagai kapsyen.
Dalam pada itu, Jasmin turut menyindir segelintir artis yang bersikap sombong apabila terserempak di acara-acara hiburan.
"Bukan macam segelintir artis tu, yang buat-buat tak nampak walaupun dah berselisih bahu, lepas tu alasan rabun.
"Tapi sebenarnya yang popular dan terbaik kebanyakkannya humble, cuma yang suam-suam kuku ni over, feeling Hollywood," tulisnya lagi.
Jasmin mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 1990 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini menerusi lakonan dalam filem serta drama tempatan.