,
Laman Utama

Yasmin Hani Tidak Kisah Dimekap Jadi Tua

Izwan Isa
21/09/2021
09:25 MYT
Sejak kebelakangan ini, dramatis dan pengacara Yasmin Hani, 42, dilihat kembali aktif menghiasi kaca televisyen. Selain produk terbaharu, The Hotel yang sedang bersiaran di Astro Ria, wanita yang mesra disapa Hani itu juga pernah tampil dengan drama Marry Me Senorita pada awal tahun ini.
Hani berkata, antara sebab mengapa dia mahu kembali aktif adalah kerana anak-anaknya kini telah membesar dan keadaan anak keduanya, Eissa Elzander Wong yang menghidap Ekzema beransur pulih.
“Saya rasa sekarang merupakan masa yang agak sesuai untuk kembali berlakon, lebih-lebih lagi apabila dua anak-anak telah membesar dan keadaan Eissa juga beransur pulih.
“Namun, kalau boleh saya tidak mahu watak utama kerana watak utama selalunya memerlukan masa yang lebih di set penggambaran. Jadi, saya mempunyai masa yang lebih sikit untuk menguruskan hal keluarga,” kongsi Hani kepada Gempak.
Bercerita lanjut mengenai pemilihan watak, pemilik nama lengkap Yasmin Hani Richardson itu tidak menolak jika dia perlu membawakan watak seorang ibu.
“Jujurnya saya tidak kisah membawakan watak ibu kepada anak yang telah dewasa seperti dalam Marry Me Senorita. Hal ini kerana, watak yang saya jayakan ialah watak seorang ibu kaya. Jadi, secara realitinya, dia mampu menjaga penampilan diri dan kelihatan muda.
“Namun, jika watak saya seorang wanita kampung, anak saya perlu kecil, sesuai dengan usia saya yang sebenar. Namun, jika perlu, saya tidak kisah dimekap untuk nampak berusia,” jelas Hani lagi.
Melanjutkan bicara mengenai penglibatannya dalam The Hotel, Hani berkata, dia berasa bertuah kerana lokasi penggambaran dilakukan di sebuah hotel terbuka yang jauh daripada orang ramai.
BACA: The Hotel Tak Ciplak Hotel Del Luna, Bukan Copy Penthouse
“Kami menjalani penggambaran di sebuah hotel di tepi pantai dan ia merupakan hotel yang terbuka.Kami diberi satu bilik seorang dan setiap bilik juga mempunyai kolam renang peribadi.
“Jika anak-anak datang pun mereka akan melepak sahaja dalam bilik. Proses penggambaran berjalan lancar dan tanpa sebarang masalah,” ujar Hani yang kini dalam proses penggambaran musim kedua The Hotel.
Drama bersiri The Hotel disiarkan bermula 15 September, Isnin hingga Khamis di Astro Ria.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Terkini

Bakal Berlakon Walau Berkerusi Roda, Azlan Komeng Terharu Masih Terima Tawaran - "Rezeki Disusun Cantik Sangat"

gempak
21/11/2024
07:55 MYT
Pelakon Azlan Komeng bersyukur masih ada rakan industri yang sanggup menawarkan kerja kepadanya meskipun dalam keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Unitar