gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
‘SAYANG’; Filem Kerjasama Malaysia–Taiwan Bakal Menemui Penonton Tahun 2026
HIBURAN
Lee Je-hoon Kembali! Taxi Driver Musim 3 Lebih Kejam, Gelap
HIBURAN
Anak-Anak Anggota Nasyid Rabbani Dilantik Ikon Kursus Mutawwif, Auto Dapat Tempahan Satu Bas! - "Aeydan Muda, Ada Wajah-Wajah ..."
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Yazmin Aziz Bangga Dipilih Menyanyikan Lagu Tema Mobile Legends

Syafiqah Jalal
Syafiqah Jalal
24/04/2022
13:09 MYT
Sponsor Banner
Yazmin Aziz Bangga Dipilih Menyanyikan Lagu Tema Mobile Legends
Penyanyi Yazmin Aziz akui bangga kerana terpilih untuk menyanyikan lagu tema buat kejohanan akhir Mobile Legends: Bang Bang Professional League Malaysia berjudul Kita Rockstar.
Kata Yazmin meskipun tidak bermain dengan permainan tersebut namun nama Mobila Legends tidak asing baginya.
“Pada mulanya pihak TikTok ada menyatakan hasrat untuk menawarkan saya menyanyikan sebuah lagu untuk sebuah projek.
“Saya tertanya-tanya sehingga lah mereka memberitahu ia adalah lagu tema untuk games ini.
“Saya sangat teruja dan bangga kerana permainan ini terkenal dan tidak asing buat saya. Meskipun saya tidak pernah bermain tetapi saya tahu ia satu nama besar dalam industri ‘gaming’,” katanya kepada Gempak.
Yazmin ditemui bersama seorang rapper baharu Kungfu Heidi yang juga turut bersama menyanyikan lagi Rockstar.
Sementara itu Kungfu Heider pula yang juga pemain aktif Mobile Legends sejak 5 tahun dulu memberitahu lagu itu memberi semangat yang luar biasa untuk pendengar.
“Pada saya bila Mobile Legends terbitkan satu lagu tempatan khas untuk kejohanan ni ia suatu usaha yang baik dalam memberi suntikan semangat dan inspirasi kepada mereka yang bertanding,” katanya.
Pemenang di kejohanan akhir Mobile Legends: Bang Bang Professional League Malaysia itu bakal memenangi wang bernilai USD 100,000.
Bukan itu sahaja pemenang dua teratas akan mewakili Malaysia ke Mobile Legends: Bang Bang Southeast Asia Cup yang bakal diadakan di Malaysia June ini.
Topic Berkaitan
#Menyanyi
#Lagu
#Mobile Legends
#Yazmin Aziz
#Tema
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement