Penerbit, pengarah dan pelakon, Erma Fatima memanjatkan rasa syukur selepas majlis pernikahan anak keduanya, Ahmad Arir, 25, berjalan lancar.

Erma turut berkongsi rasa teruja di Instagram (IG), dengan memuat naik beberapa foto dan video ketika majlis akad nikah berlangsung.

“Yeahhhhhh...dapat menantu lagi...2 more to go....!” tulis Erma.

Menerusi video dikongsi Erma, Arir dan isteri dikenali sebagai Shira, dinikahkan abang pengantin perempuan dan majlis berlangsung di sebuah masjid di Klang.

Arir dan Shira mengikat tali pertunangan pada Disember tahun lalu di kediaman Shira di Meru, Klang.

[[BACA: "Dia Buat Hal! Ketaqlah Pulak..." - Erma Fatima Kongsi Momen Majlis Merisik Anak Kedua]]

A post shared by ermafatima (@ermafatima)


Sementara itu ruangan komen Erma dihujani ucapan tahniah warganet termasuk sahabat-sahabat industri.

“Alhamdulillahhhh...Terima Kasih Allah... Moga mendapat berkat rahmat dan bahagia hingga ke jannah,” tulis Erma pada hantaran video majlis akad nikah Arir.

A post shared by ermafatima (@ermafatima)