Laman Utama

“You Boleh Minta Maaf Macam Mana Pun, Tapi I Tetap Akan Saman You” - Penerbit Eksekutif Filem Gadis Jolobu

Izwan Isa
09/08/2022
00:50 MYT
Pengasas Bersama Zebra Studio dan Penerbit Eksekutif filem Gadis Jolobu, Saraleana Nattaya Azmi masih bertegas untuk menyaman seorang Youtuber yang didakwa membuat ulasan dengan kata-kata kurang molek, selain melabelkan filem terbitannya, sebagai ‘infinity shit’.
Saraleana berkata, dia berbuat demikian untuk memberi pengajaran kepada Youtuber berkenaan supaya tidak lagi dengan mudah melemparkan kritikan kurang membina kepada filem-filem penerbitan lokal pada masa akan datang.
“Saya mempunyai banyak sokongan daripada private investor. Sebagai penerbit filem, saya ada 11 lagi filem yang belum dikeluarkan. Baru satu filem dah kecoh macam ni.
“Apabila dia (Youtuber) komen sebegitu, kasihan mereka (private investor). Nak cari duit buat filem bukan senang tau. Youtuber itu tahu komen cakap filem ini sampah. Eh tak bolehlah macam ni. Awak tu pernah terbitkan kandungan ke?
“Tahu tak perasaan nak buat filem tu susah? Dia hanya tahu komen sebab nak buat duit daripada Youtube. Tak adil dengan penerbit lain. You boleh minta maaf macam mana pun, tapi I tetap akan saman you,” kata Saraleana kepada Gempak.
Dalam pada itu, Saraleana turut menegur cara Youtuber berkenaan mengulas filem tanpa memberikan pengisian yang membina kepada penerbit.
“Saya tak kisah jika karya saya dikritik. Banyak sahaja ulasan yang saya baca, tetapi tidaklah dengan kata-kata biadab. Nak kritik biarlah ada ilmu,” katanya lagi.
Saraleana turut mengulas mengenai dakwaan yang mengatakan ada babak lucah ditampilkan dalam filem berkenaan.
“Saya rasa kalau adegan tersebut tidak boleh ditayangkan, sudah tentu pihak LPF juga akan menyekat filem ini daripada disiarkan, atau memotong adegan berkenaan,” katanya lagi.
Gadis Jolobu, projek filem mega dimeterai syarikat hiburan terkemuka Asia Pasifik, Tremendous Entertainment dan Zebra Studio Sdn Bhd diterajui pelakon, penyanyi dan pelawak berpengalaman seperti Datuk Hattan, Khir Rahman, Joey Daud serta memperkenalkan bintang baharu, Ahirine Ahirudin.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Nama Tersenarai Dalam Ending Credit Deadpool & Wolverine, Ini Respons Zizan Razak - “Perkara Ini Kecoh Sejak Semalam…”

gempak
25/07/2024
07:55 MYT
Pelakon Zizan Razak mengakui banyak menerima DM dan mesej daripada kenalan serta peminat mengenai namanya yang didakwa diletakkan dalam ending credit filem adiwira popular Deadpool & Wolverine.
Filem

Mawi Tak Cepat Sentap, Terima Filem Dikritik Dengan Hati Terbuka - “Saya Okay, Sendiri Tahu Kelamahan”

gempak
25/07/2024
04:50 MYT
Walaupun filem Zim Zim Ala Kazim mendapat kutipan melebihi RM3 juta namun penyanyi dan pengarah, Mawi, 43, juga tidak terlepas daripada menerima kritikan.
Filem

Berlakon Dalam Berpuluh-Puluh Filem, Ini 5 Watak Farid Kamil Yang Paling Ikonik!

gempak
18/07/2024
09:55 MYT
Lebih dua dekad menjejakkan kaki dalam dunia hiburan, nama pelakon Farid Kamil bukanlah sesuatu yang asing lagi dalam industi seni tanah air.
Filem

"Saya Bangga Bawa Cerita & Bakat Asia" - Ratu Cantik Malaysia Buka Langkah Di Hollywood

gempak
18/07/2024
08:55 MYT
Ratu Cantik kelahiran Malaysia, Rachel Tan berbangga dapat membawa kisah dan bakat ke persada perfileman Hollywood.
Filem

Penuh Dengan Warna-Warni Budaya, Ini 5 Filem Yang Mengetengahkan Realiti Berbilang Kaum Di Malaysia!

gempak
16/07/2024
13:55 MYT
Malaysia merupakan negara yang mempunyai berbilang kaum. Didominasi oleh tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India, perkara ini memberi kesan besar dalam sektor perfileman tanah air.