Untuk episod kali ini, pengacara dan pelakon Sherry Alhadad akan masak udang masak tempoyak dan agar-agar gula melaka.

Seperti biasa, Sherry akan memperlajari ilmu masak baharu dengan ibu angkatnya iaitu Datin Marlia Musa.

Kata Marlia, mereka gunakan durian kampung untuk tempoyak tau!

Episod kali ini juga akan dimeriahkan dengan kehadiran tetamu iaitu penyanyi dan juara All Stars Gegar Vaganza, Jaclyn Victor.

Jaclyn siap puji tau masakan Sherry!

Saksikan program You Know Nothing About Cooking yang bersiaran setiap hari bermula hari ini, jam 12PM di website Gempak.com.

Berikut merupakan resipi penuh udang masak tempoyak & agar-agar gula melaka.

Bahan-bahan udang masak tempoyak :

Udang laut besar 1kg, cili padi, cili merah, tempoyak, kunyit hidup,petai, serai, daun kunyit, cili kisar, air, asam keping,santan, garam, gula, perasa dan minyak masak.

Proses udang masak tempoyak :

Kisar cili padi, lada merah, kunyi hidap dan tempoyak. Selepas itu masuk kan bahan kisar ke dalam periuk, dan masuk kan air. Kemudian masukkan serai, daun kunyit dan asam keping. Bila tempoyak dah masak, masukkan santan, udang dan petai. Kemudian tambah garam, gula dan bahan perasa.

Bahan-bahan agar-agar gula melaka :

Agar agar, gula melaka, daun pandan, santan, telur satu biji dan garam.

Proses :

Masak agar-agar, kemudian masuk kan gula melaka, daun pandan, santan, masuk kan satu biji telur, kacau dan letak garam. Bila dah masak, tapis dan masuk kan dalam bekas. Kemudian masuk kan ke dalam peti ais. Potong bila dah sejuk.