,
Hiburan

You Know Nothing About Cooking: Sherry Alhadad Masak Menu ‘Favorite’, Ini Resipi Penuh Pulut Kuning & Rendang Ayam

Asyikin Mayudin
17/03/2024
09:55 MYT
Lebih semangat pelakon dan pengacara Sherry Alhadad nak belajar masak dengan ibu angkatnya, Datin Marlia Musa untuk episod kali ini.
Sebabnya, Sherry nak belajar masak makanan kegemarannya iaitu pulut kuning dan rendang ayam.
Sherry tak sabar nak hidangkan makanan masakannya itu kepada penyanyi dan pelakon Izzue Islam.
Agak-agaknya Izzue akan puji ke tak masakan Sherry?
Saksikan program You Know Nothing About Cooking yang bersiaran setiap hari bermula hari ini, jam 12PM di website Gempak.com.
Berikut merupakan resipi penuh Pulut Kuning dan Rendang Ayam
Bahan-Bahan untuk pulut kuning : Pulut, serbuk kunyit, asam keping, daun pisang, santan, garam, gula
Proses : Rendam pulut dengan serbuk kunyit, asam keping. Selepas rendam, tos kan pulut, lapik kan pengukus dengan daun pisang, letak pulut, dan tutup atas pulut dengan daun pisang, kemudian lubang-lubang kan daun pisang tersebut. Kukus dalam masa 10 minit. Kemudian kita ambil santan dan campur kan dengan garam dan gula. Selepas 10 minit buka pengukus dan gaul kan pulut tu dan masuk kan santan, santan kena menetupi semua pulut. Kemudian masak lagi selama 10-20 minit.
Bahan rendang ayam : Ayam, bawang merah, bawang putih, halia, serai, lengkuas, kunyit hidup, cili padi, cili kering, kerisik, santan, gula merah, asam keping, garam, santan, daun kunyit dan minyak masak.
Proses : Kisar kan bawang merah, bawang putih, halia, serai, lengkuas, kunyit hidup cili padi, cili kering, kemudian tumis sehingga hampir garing, seterusnya masuk kan ayam, kerisik, santan, gula merah, asam keping, gula, garam dan santan. Akhir sekali masuk kan hirisan daun kunyit.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

You Know Nothing About Sports: Sherry Alhadad Struggle, Tak Rasa Kaki Belajar Sukan Lawan Pedang

gempak
05/09/2024
12:25 MYT
You Know Nothing kini kembali dengan You Know Nothing About Sports yang menampilkan Sherry Alhadad akan berpasangan dengan seorang selebriti popular tempatan untuk mencuba mempelajari satu sukan baru.
Hiburan

You Know Nothing About Sports: Sherry Alhadad Belajar Silat Dengan Atlet Kebangsaan, Siap Panjat Tali & Berguling Depan Juri

gempak
29/08/2024
10:25 MYT
You Know Nothing kini kembali dengan You Know Nothing About Sports yang menampilkan Sherry Alhadad akan berpasangan dengan seorang selebriti popular tempatan untuk mencuba mempelajari satu sukan baru.
gimme-the-mic

'TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia' Lebih Meriah, Cungkil Bakat Tempatan Ke Pentas Antarabangsa

gempak
11/07/2024
10:59 MYT
Buat julung kalinya, Astro berkolaborasi dengan satu platform media sosial terkenal di dunia, TikTok dalam menerokai bakat muzik baharu dalam edisi terbaharu ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’.
Viral

PBAKL24: "Budaya Membaca Masih Menebal Dalam Kalangan Rakyat Tempatan" - Datuk Seri Muzri Ramli

gempak
31/05/2024
19:29 MYT
‘Kebanjiran’ pengunjung yang hadir ke reruai Karyaseni di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024 membuatkan penerbit tidak menang tangan.
Hiburan

Khunsa: Wan Jusoh Belum Mati, Cik Ton Jadi Hantu, Ahmad Anak Midah, Naem Anak Cik Nisa... Teori Mana Paling Tepat & Tak Masuk Akal?

gempak
25/04/2024
10:12 MYT
Khunsa akan melabuhkan tirai pada minggu ini.