Kali ini pelakon dan pengacara Sherry Alhadad memperlajari ilmu masak bihun goreng Singapore dan air sirap bandung ala suci.

Seperti biasa, Sherry belajar masak daripada ibu angkatnya iaitu Datin Marlia Musa dan tetamu jemputan yang akan merasai masakannya itu adalah penyanyi Masha Milan Londoh.

Gelagat Sherry memotong cili kering menggunakan pisau mendapat perhatian Marlia yang bertanyakan mengenai cara pengacara itu.

Yela, sepatutnya guna gunting lebih mudah untuk potong cili kering.

Jadi, rasa-rasa Masha puji ke tak masakan Sherry?

Saksikan program You Know Nothing About Cooking yang bersiaran setiap hari bermula hari ini, jam 12PM di website Gempak.com.

Berikut merupakan resipi penuh Bihun Goreng Kuah Singapore & Sirap bandung ala Suci.

Bahan-Bahan :

Bihun, bawang merah, bawang putih, cili kering, udang kering, tauchu, daun kuchai, limau kasturi, kacang tumbuk, cili merah, tauhu, telur rebus. gula, garam, timun, minyak masak.

Proses :

Bihun goreng : rendam bihun untuk di lembutkan, kemudian kisar bawang merah, bawang putih, cili kering, tauchu & udang kering kemudian tumis sehingga garing, masukkan gula dan garam sedikit. Bila dah garing, keluarkan separuh bahan tumisan kedalam mangkuk lain dan masukkan air untuk dibuat kuah. Sambung goreng lebihan tumisan yang didalam kuali,masukkan mee hoon ke dalam kuali, gaul rata, akhir sekalimasukkan daun kucai.

Tambah perahan air limau kasturi dalam kuah serta kacang tumbuk. Masa hidang boleh letak limau jugak.

Hiasan : tahu goreng, telur rebus, hirisan cili merah & Limau nipis

Bahan-Bahan Sirap Bandung ala Suci: Kordial sirap, susu segar, ice cream soda, ais batu.

Proses : Bancuh sirap dan susu segar, kemdian masukkan ais dan ice cream soda.