Berita

Youtuber Gelisah Tengok Suami Digari, Pengurus Mohon Bagi Ruang Selesaikan Masalah Peribadi

gempak
Fiza Kamarudin
22/07/2020
10:56 MYT
Sponsor Banner
Youtuber Gelisah Tengok Suami Digari, Pengurus Mohon Bagi Ruang Selesaikan Masalah Peribadi
Pengurus yang juga saudara kepada Youtuber masakan popular memohon pasangan terbabit diberi masa untuk berehat dan menyelesaikan masalah peribadi dihadapi mereka.
Dia yang tidak mahu nama disiarkan berkata pasangan itu juga tidak akan muncul dalam sebarang program beberapa minggu ini.
"Mereka juga mungkin tidak akan muncul dalam sebarang program dalam tempoh beberapa minggu ini," katanya yang memohon namanya tidak disiarkan ketika ditemui media di perkarangan mahkamah.
Sementara itu Youtuber wanita berusia 28 tahun itu yang turut berada di Mahkamah Majistret Ipoh pagi tadi, kelihatan gelisah dan tidak selesa ketika menyaksikan suaminya dibawa polis dalam keadaan digari dan berpakaian lokap. Ketika dihampiri media di perkarangan mahkamah, wanita itu enggan memberi sebarang kenyataan, sebaliknya masuk menunggu di dalam sebuah kereta dipandu seorang wanita yang juga saudaranya.
Dalam perkembangan lain suami wanita tersebut kini berdepan siasatan polis berhubung penderaan dan pemilikan bahan kakisan susulan laporan polis yang dibuat oleh isterinya dan petugas Hospital Raja Permaisuri Bainun Hospital (HRPB) Ipoh.
Suami Youtuber terbabit yang juga bekas buruh estet di Sungai Siput, ditahan polis petang semalam selepas dia dikesan membawa senjata bahaya dalam keadaan mabuk di Hospital Raja Perempuan Bainun. Susulan kejadian itu juga, tiga laporan polis dibuat terhadap lelaki terbabit di Balai Polis Sungai Senam, Ipoh, malam tadi.
Lelaki terbabit kini berdepan siasatan memiliki senjata berbahaya mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan Letupan Senjata Berjadual, selain mengikut Seksyen 326 dan 506 Kanun Keseksaan.
Sumber/Foto: BHOnline, Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live