Laman Utama

Yusof Haslam Berduka, Puteri Sarah Pesan Syamsul Jangan Jadi Anak Derhaka - "Ketawalah Belah Sana, Ketawalah"

gempak
Amri Hassan
08/01/2023
08:25 MYT
Sponsor Banner
Yusof Haslam Berduka, Puteri Sarah Pesan Syamsul Jangan Jadi Anak Derhaka - "Ketawalah Belah Sana, Ketawalah"
Pelakon Puteri Sarah mendedahkan kemelut rumah tangga dan keluarga mereka secara tidak langsung telah mengguris hati kedua-dua mentuanya, Datuk Yusuf Haslam dan Datin Patimah Ismail.
Kongsi Puteri Sarah, Yusuf dan Patimah yang terkilan hingga mengalirkan air mata mengenangkan situasi yang terjadi sejak akhir-akhir ini.
"Datuk Yusuf Haslam seperti ayah kandung saya sendiri. Bukan lagi bapa mentua tapi macam bapa kandung sendiri.
"Bukan sekali dua papa menangis disebabkan you! Berkali-kali. How dare you! Malah, you (Syamsul) dah buat mama you menangis.
"Jangan jadi anak yang derhaka.
"Ketawalah belah sana, ketawalah. Kirafah itu ada," tulisnya dalam hantaran di Instagram Stories pada Ahad.
Dalam pada itu, Puteri Sarah memaklumkan dirinya bakal berangkat menunaikan ibadah umrah pada 26 Januari nanti.
"Insya-Allah Sarah pergi umrah 26 Januari ini. Sarah akan doakan kebahagiaan mama dan papa.
"Sarah tak bahagia tak apa. Sarah boleh sembuh sendiri tapi jangan mama dan papa tak bahagia," getusnya.
Syamsul Yusof pada Jumaat lalu mengejutkan ramai pihak apabila mendedahkan telah selamat bernikah dengan wanita yang didakwa menjadi individu ketiga dalam rumah tangganya bersama Puteri Sarah iaitu Ira Kazar.
Turut tular gambar pernikahan Syamsul dan Ira termasuk Kazar yang menjadi wali kepada pasangan terbabit.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024