Penerbit dan pengarah tersohor, Datuk Yusof Haslam mendedahkan yang dia sentiasa memberi galakan kepada Puteri Sarah untuk keluar bekerja bagi melupakan masalah yang sedang dihadapinya buat masa ini.
Yusof berkata, dia tidak mahu melihat menantunya duduk terperap di rumah dan menganggap hal tersebut sebagai satu perkara yang tidak baik untuk kesihatan dan juga masa depannya.
“Saya memang galakkan dia bekerja. Seperti hari ini, dia jemput saya untuk menonton pementasan Madu Ku Terpaling Kalut yang dijayakannya. Jadi, sebagai bapa mentua, saya datang beri sokongan bersama isteri
“Jujurnya, saya gembira lihat Sarah kembali berlakon. Saya tak nak lihat dia asyik terperap di rumah. Nanti dia lagi tertekan. Jadi, untuk elakkan stress, elok dia bekerja,” katanya kepada Gempak.
Yusof Haslam diminta mengulas mengenai penglibatan pertama menantunya, Puteri Sarah di pentas teater menerusi pementasan Maduku Terpaling Kalut.
Dalam pada itu, Yusof sempat memberikan nasihat kepada anaknya, Syamsul. Yusof berkata: “Sebagai seorang ayah, saya dan isteri sentiasa doakan yang terbaik. Harapan saya, jangan buat kesilapan dalam kehidupan,” katanya lagi.
Teater Maduku Terpaling Kalut merupakan sebuah teater yang berkonsepkan 'farce comedy' dengan sentuhan komedi yang diterbitkan oleh Mask Team dan diarahkan oleh Azhar Zainal.
Selain Puteri Sarah, teater ini Maduku Terpaling Kalut turut dijayakan oleh Azrel Ismail, Anna Jobling, Syafiq Naser, Aya Amirudin dan Curly Jow.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Izwan Isa
Thu Sep 29 2022


Ditegur Berisi, Leona Marah Pun Comel! - "Seriously Guna Otak Sikit, Duduk Tutup Mata Fikir"
Comel Leona marah.

“Dia Kena Hadap La Benda-Benda Macam Ini” - Sharnaaz Ahmad Anggap Noor Nabila Wanita Kuat
Insya-Allah Nabila kuat!

GV10: “I Didn’t Do Well At All…” - Aishah
Aishah akui persembahan kurang memuaskan.

Payudara Nadin Amizah Diraba: “Sungguh Merendahkan Martabat Saya…”
Penyanyi Nadin Amizah melahirkan rasa kesal dan marah

Siti Nurhaliza Back Up Liza Hanim, Sekolahkan Netizen! - "Peribadi Tak Baik, Hati Hitam"
Tak baik kutuk fizikal orang.

Gara-Gara Jadual Terlalu Padat, Gisele Bundchen Pernah Berniat Mahu Terjun Bangunan
Gisele akui pernah ada gangguan mental

"Pandemik Rosakkan Rancangan Saya" - Datuk Shake Balik Malaysia Bikin Konsert Di Zepp KL, Janji Nyanyi Lagu Tiga Bahasa!
Konsert Datuk Shake di Zepp Kuala Lumpur pada 16 Disember 2023.

Senarai Tugasan Lagu Konsert Minggu Kedua All Stars Gegar Vaganza
Semak senarai lagu konsert kedua All Stars Gegar Vaganza!

Smart! Foto Pra Perkahwinan Noh Salleh & Fatin Athira Dapat Pujian Netizen
Memang cantik!

GV10: Ramai Komen Tentang Hos, Ini Jawapan Wakil Astro: “Kita Akan Bedah Siasat, Mungkin Ada…”
Meriah GV10 ada Nabil, Jihan dan Kak Lina.