Hollywood

Zac Efron Kena Jangkitan Kuman Demam Kepialu Di Papua New Guinea

gempak
Amri Hassan
30/12/2019
08:54 MYT
Sponsor Banner
Zac Efron Kena Jangkitan Kuman Demam Kepialu Di Papua New Guinea
Pelakon popular Hollywood, Zac Efron dikejarkan ke hospital Brisbane, Australia dari Papua New Guinea ekoran berdepan situasi kecemasan yang boleh mengancam nyawa.
Efron, 32, disahkan mengalami jangkitan kuman thyphoid atau lebih dikenali sebagai demam kepialu ketika menjalani penggambaran dokumentari arahannya sendiri, Killing Zac Efron sejak tiga minggu lalu.
Namun, keadaan pelakon itu kini sudah kembali pulih dan dibenarkan pulang untuk bercuti bersama-sama keluarganya di Los Angeles, Amerika Syarikat.
"Terima kasih atas doa semua. Saya sakit ketika di Papua New Guinea dan kini sudah pulih.
"Saya akan pulang ke rumah untuk bercuti bersama-sama keluarga dan sahabat.
"Terima kasih atas keperihatinan semua dan jumpa nanti 2020," tulisnya menerusi akaun media sosial pada Ahad.
Menurut pakar perubatan yang merawatnya, demam kepialu boleh mengancam nyawa sekiranya tidak diberikan antibiotik sewajarnya.
Proses pemulihannya mengambil masa selama 7 hari dan kuman ini boleh merebak melalui hidangan atau air yang tercemar dengan bakteria itu.
Killing Zac Efron melibatkan aktiviti ekspedisi di kawasan pergunungan, hutan tebal, pulau-pulau berbahaya, hanya berbekalkan peralatan asas.
Difahamkan, Efron tidak mempunyai akses kepada internet dan bekalan elektrik selama 21 hari sepanjang ekpedisi tersebut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024