Laman Utama

ZAFC Nafi Zul Ariffin Dah Kahwin – “Henti Sebar Gosip Murahan, Boss Masih Bujang, Belum Bernikah Dengan Sesiapa…"

gempak
Fiza Kamarudin
30/12/2021
14:23 MYT
Sponsor Banner
ZAFC Nafi Zul Ariffin Dah Kahwin – “Henti Sebar Gosip Murahan, Boss Masih Bujang, Belum Bernikah Dengan Sesiapa…"
Kelab Peminat Zul Ariffin (ZAFC) menafikan dakwaan kononnya pelakon tersebut sudah bernikah dengan aktres popular.
ZAFC menerusi hantaran Instagram (IG) memberitahu Zul tidak masih lagi bujang dan belum bernikah dengan sesiapa.
Difahamkan penjelasan tersebut dibuat ZAFC berikutan beberapa buah video dimuat naik sesetengah pihak kononnya Zul sudah berkahwin secara senyap dengan pelakon, Ruhainies.
“Ingin kami umumkan bahawa Boss masih lagi bujang dan belum bernikah dengan sesiapa. Beliau berkawan dengan ramai pihak, dan kami amat berharap agar berhenti menguar-uarkan cerita yang sekaligus meliputi gosip murahan hanya untuk meraih perhatian,” antara yang ditulis ZAFC.
Di ruangan komen, Zul turut meninggalkan ikon hati dan letupan.
Sebelum ini nama Zul dan Ruhainies menjadi sebutan warganet selepas foto mesra mereka tular di media sosial.
[[BACA: Zul Ariffi & Ruhainies Kelihatan Terlalu Mesra Dalam Video TikTok, Netizen Komen: "Sweet..."
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live