Laman Utama

Zahid Baharuddin Tamat Zaman Duda – “Ramai Yang Tanya Isteri Kedua Ke? Bukanlah…”

gempak
Fiza Kamarudin
21/12/2021
12:22 MYT
Sponsor Banner
Zahid Baharuddin Tamat Zaman Duda – “Ramai Yang Tanya Isteri Kedua Ke? Bukanlah…”
Penyanyi Zahid Baharuddin mengesahkan sudah menamatkan zaman dudanya dengan gadis pilihan hati pada 19 Disember lalu.
Zahid ketika dihubungi Gempak berkata, dengan sekali lafaz dia sah bergelar suami kepada Nurul Shuhada Osman, 26.
“Alhamdulillah, dengan sekali lafaz kami sah begelar suami isteri pada Ahad lalu. Majlis pernikahan diadakan di Masjid Terapung, Tanjung Bungah Pulau Pinang.
“Majlis dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak dan sahabat terdekat sahaja. Apapun syukur, semuanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.
Ditanya mengenai hubungannya dengan Shuhada, Zahid berkata mereka sudah berkawan sejak tiga tahun lalu.
“Yang kenal saya mungkin tahu tentang hubungan kami. Saya tidak pernah merahsiakan tentang hubungan kami kerana ke mana saja saya pergi saya akan bawa dia bersama.
“Tentang perkahwinan ini juga, saya tidak ada niat untuk merahsiakan tetapi kami putuskan untuk bernikah supaya tidak menimbulkan fitnah.
"Dikesempatan ini saya juga ingin menjelaskan kepada yang bertanya adakah saya beristeri dua? Bukanlah...Saya bernikah sekali lagi selepas bergelar duda sejak empat tahun lalu.,” katanya.
Selain itu tambah Zahid, dia merancang untuk membawa isterinya berbulan madu ke Turkey.
“Kalau ikut perancangan, saya mahu ke Turkey tetapi melihat kepada keadaan sekarang kami tangguhkan dahulu,” katanya.
Meskipun tidak mendedahkan mengenai perkahwinannya kepada umum, namun pada Ahad lalu Zahid telah berkongsi semula foto bersama isteri menerusi laman sosial Instagram (IG)nya.
Selain itu, perkahwinan Zahid dihidu pihak media selepas pereka busana pengantin mereka berkongsi foto di IGnya.
Kredit foto: Mohammad Sulaiman Esa/ @9w2esr_ (Fotografer rasmi perkahwinan Zahid & Shuhada)
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024