Menjadi kumpulan kegilaan ramai anak muda dan kemudiannya membawa imej kerohanian bukanlah sesuatu yang mudah diterima.

Namun, Ruffedge berkongsi bagaimana cetusan kerohanian dalam persahabatan mereka selama hampir dua dekad membawa dimensi dan makna baru dalam kisah revival menerusi Naura Shares episod akhir malam ini.

Zain dan Azlan tampil berkongsi, sebagai kumpulan R&B, mungkin ramai yang merasakan gaya hidup mereka lebih kepada gaya kebaratan tetapi ia bukanlah satu kebenaran.

Mereka juga mengimbas kembali zaman ketika membuat persembahan di kelab kerana kekurangan platform persembahan waktu itu, menurut Zain dan Azlan, meskipun membuat persembahan di kelab, mereka semua tetap berdoa sebelum naik ke pentas dan berhenti mengadakan persembahan di kelab setelah mempunyai platform yang lebih luas.

Zain dan Azlan juga berkongsi detik tentang DNA kumpulan Ruffedge masa kini yang lebih mengingatkan orang ramai terhadap Allah SWT serta Rasulullah SAW.

Apabila mereka menyanyi, ia mestilah membawa mesej kebaikan dan berperanan sebagai peringatan, itulah perancangan mereka untuk haluan Ruffedge yang seterusnya.

Jadi, untuk mengetahui lebih lanjut, mari sama-sama kita saksikan Naura Shares episod akhir dalam minggu ke-22 malam ini!

Naura Shares yang kini memasuki musim ke-14 ditayangkan setiap Jumaat, pukul 9.00 malam di NAURA (saluran 109).

Dihoskan oleh Hana Ismail, Naura Shares turut menampilkan tetamu undangan lain seperti Datuk Chef Wan, Naim Daniel, Datin Alyah dan ramai lagi.