Selepas tiga bulan, seorang suami di Indonesia menuntut isterinya membayar ganti rugi sebanyak 550 juta rupiah (RM167,017) kerana memotong kemaluannya.

Lapor portal berita detikjateng pada Sabtu, lelaki itu menuntut bayaran ganti rugi kerana mahu menggunakan wang berkenaan bagi merawat zakarnya yang didakwa mengalami cacat kekal.

Peguambela mangsa, Aji Mastoto berkata, wang itu akan digunakan untuk kos pembedahan dan penjagaan kesihatan anak guamnya kerana selepas kejadian alat kelamin mangsa dipotong, dia perlu menjalani rawatan selama setahun.

Terdahulu, pada Mei lalu isterinya bertindak memotong kemaluan mangsa di sebuah penginapan di Daerah Jebres, Kota Solo kerana kecewa dengan lelaki berkenaan.

Pelaku dituduh melakukan penganiayaan terancang sehingga menyebabkan kecederaan parah dan sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara sehingga lima tahun.

Sumber: Detikjateng