Laman Utama

Zalif Sidek Guna Pengalaman Lama Sebagai PA Artis Bagi Menjayakan Watak…

Izwan Isa
22/05/2022
06:50 MYT
Pelakon Zalif Sidek menjadikan pengalaman lama sebagai pembantu peribadi artis sebagai inspirasi bagi menjayakan watak Farhan dalam filem Bunga Dan Kayu.
Zalif berkata, watak tersebut terasa dekat dengan dirinya dan sedikit sebanyak mengimbau kembali ketika dia bekerja mengelolakan karier artis di KRU Studios suatu ketika dahulu.
“Untuk pengetahuan umum, watak saya dalam filem Bunga Dan Kayu ini, Farhan merupakan pengurus kepada Noah (lakonan MK K-Clique).
“Jadi, secara tidak langsung, saya boleh sync pengalaman lama saya bekerja sebagai pembantu peribadi artis dengan watak Farhan ini.
“Sedikit sebanyak, ia membantu saya untuk meletakkan chemistry dengan rakan artis saya iaitu MK ketika sesi penggambaran,” katanya kepada Gempak.
Filem ini mengisahkan tentang Noah (MK), seorang selebriti terkenal tanah air sengaja memilih Bunga (Azira Shafinaz) sebagai kekasihnya atas sebab tertentu dan tidak munasabah.
Sikap Noah menjadi lebih tidak terkawal apabila mendapat tahu gadis yang baru dikenalinya, Bunga menyimpan impian untuk menjadi seorang pelakon. Oleh sebab itu, Noah telah menawarkan peluang kepada Bunga yang bakal mengundang 1,001 bencana, bukan hanya pada Bunga tetapi Noah juga.
Selain MK, Azira dan Zalif, Bunga Dan Kayu juga membariskan pelakon terkenal tanah air seperti Azad Jasmin, Kazar, Elly Arifin dan Yazmin Aziz.
Bunga Dan Kayu bakal temui penonton Syawal ini iaitu bermula 3 Mei 2022, Di Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

“Baru Tiga Hari Dik, Gigil Lagi Nak Pegang Baby” - Macam Tak Percaya Zalif Sidek Dah Jadi Bapa

gempak
20/01/2023
03:51 MYT
Zalif okay tak tu? Hahaha.
Laman Utama

“Dia Pemalu Betul!” - Azira Shafinaz Kongsi Pengalaman Bergandingan Dengan MK K-Clique Buat Pertama Kali

gempak
14/05/2022
11:50 MYT
Azira kongsi pengalaman berlakon buat pertama kali dengan MK
Laman Utama

"Tak Pernah Lupa Asal Usul" -Tak Sangka! MK K-Clique Pernah Hidup Susah? Kerja Tarik...

gempak
12/05/2022
14:50 MYT
MK kongsi pengalaman pernah bekerja sebagai penarik kereta
Laman Utama

“Kalau Jumpa Orang Yang Berpengalaman, Automatik Jadi Segan” - MK K-Clique

gempak
08/05/2022
11:50 MYT
MK akui malu-malu ketika jumpa orang yang baru dikenali
Laman Utama

Pertama Kali Pegang Watak Komedi Romantik, MK K-Clique; "Sebelum Terima Job Ni Saya Tengok Dulu Siapa ..."

gempak
07/05/2022
09:50 MYT
MK teruja libatkan diri dalam Bunga Dan Kayu