Sempena dengan kedatangan Syawal pada tahun ini, pelantar beli-belah popular online ZALORA kembali dengan ZALORAYA 2024.

Menawarkan pelbagai pilihan jenama busana untuk digayakan sempena hari raya, kempen yang turut mengetengahkan aksesori, produk kecantikan dan pakaian tradisional ini dilihat mencerminkan keragaman budaya di Malaysia dan juga Singapura.

Intipati kempen ini turut diangkat secara digital menerusi filem pendek yang menceritakan tentang kisah adik dan kakak yang menemukan kembali kepentingan tradisi budaya seperti mengenakan pakaian yang sedondon yang membangkitkan rasa keterhubungan dan ikatan kekeluargaan yang mendalam.



Filem pendek ini memercikkan suasana sentimental pada ZALORAYA 2024, menyorot daya tarik tradisi yang tak lekang dek waktu.

Lebih menarik, ZALORAYA 2024 menampilkan dua label dari Indonesia iaitu Ria Atelier dan Embara. Dua jenama ini, yang telah diterima dengan baik sejak diperkenalkan di ZALORA, tersedia untuk memikat pelanggan dari Malaysia dan Singapura menerusi rekaan yang memikat, sesuai dengan selera fesyen masa kini.

Sementara itu, pelanggan VIP ZALORA bakal menikmati keistimewaan, termasuklah akses awal penjualan dan undangan ke acara eksklusif. Pelanggan yang melanggan VIP ZALORA turut menikmati beberapa lagi keistimewaan seperti penghantaran percuma yang pantas, agar baju raya yang dipesan sampai pada waktunya.

Pelbagai kandungan menarik dan pemberian hadiah turut dijalankan di media sosial ZALORA sepanjang kempen yang berlangsung bermula 19 Februari hingga pertengahan April kelak.

Layari https://www.zalora.com.my/hari-raya-sale/ (bagi pelanggan Malaysia) dan https://www.zalora.sg/hari-raya-sale/ (bagi pelanggan Singapura) untuk membeli-belah busana sempena dengan kedatangan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

BERITA TRENDING: Rizman Ruzaini Lancar Koleksi Raya Sempurnakan Syawal 2024, Perkenal 26 Muses!

BERITA TRENDING: Mahu Rakam Lagu Raya Tapi Bajet Cuma RM200,000, Iqbal Harap Tak Ada Komposer Ambil Kesempatan

BERITA TRENDING: Bulan Bintang Berhabis RM11 Juta Untuk Kempen Terrrrpaling Raya - "Tahun Ni Kami Beri 150,000 Sampin…