Laman Utama

Zarina Anjoulie Dapat Perintah Bela Diri, Fara Mendoza Masih Belum Menang!

gempak
Asraf Aided
01/03/2021
04:12 MYT
Sponsor Banner
Zarina Anjoulie Dapat Perintah Bela Diri, Fara Mendoza Masih Belum Menang!
Mahkamah Tinggi Malaya Negeri Sembilan membenarkan permohonan dikemukakan pelakon Zarina Anjoulie untuk membatalkan penghakiman yang dimasukkan oleh Fara Mendoza atau nama sebenarnya Nurfaralinah Md Yunus berhubung dakwaan Zarina memfitnah wanita itu.
Signifikasi kemenangan Zarina ialah keputusan tersebut memberi peluang kepadanya untuk membela diri secara adil dan saksama di hadapan hakim.
Selepas berjaya mengetepikan penghakiman ingkar bagi kes tersebut, Zarina boleh memfailkan pembelaan dan membuat tuntutan balas serta melalui perbicaraan penuh.
Fara Mendoza memfailkan saman pada Januari 2020 dan media melaporkan yang dia telah “menang” saman tersebut pada 5 Jun 2020.
Berikutan laporan tersebut, Zarina telah memfailkan permohonan membatalkan penghakiman di Mahkamah Tinggi Seremban pada 24 Jun tahun lalu dan seterusnya memberi pencerahan serta menyangkal berita yang dilaporkan. Zarina telah menerangkan bahawa kes saman itu masih berjalan, dia tidak kalah kes tersebut dan ianya baru saja bermula.
Penghakiman tersebut dimasukkan kerana Zarina mendakwa dirinya tidak menerima salinan saman secara peribadi dan menyangkakan peguam terdahulunya telah membela nasib usahawan media sosial itu.
Zarina menyangkakan peguam yang dilantik terdahulu itu telah melindungi haknya dan mengusahakan untuk memenangi kes tuntutan fitnah tersebut sehinggalah berita kemenangan Fara Mendoza itu diterbitkan oleh pihak media pada 5 Jun tahun lalu.
Apabila Zarina menghubungi peguam tersebut, ahli keluarga peguam itu telah memaklumkan bahawa peguam berkenaan diserang strok dan firma guamannya telah ditutup beberapa bulan.
Sehubungan itu, Zarina telah pergi ke mahkamah bagi mendapatkan kepastian bahawa terdapat saman dan penghakiman bagi kesnya. Setelah mahkamah memberi pengesahan mengenai perkara tersebut, Zarina telah melantik barisan peguam baru bagi mewakili dirinya.
Zarina membuat keputusan untuk menggunakan khidmat peguam Nurul Hafidzah Hassan dari NHA Advocates And Solicitors sekali lagi.
“Anak guam Zarina Anjoulie menafikan segala tuduhan dan tidak pernah memfitnah Fara Mendoza. Kami akan memastikan beliau akan memenangi kes ini,” kata Nurul Hafidzah, peguam utama yang mewakili Zarina Anjoulie.
Nurul Hafidzah merupakan peguam yang mengendalikan kes saman fitnah Zarina terhadap pelakon Emelda Rosmila dan Amyza Aznan. Terdahulu, pada 10 Julai 2020, Zarina berjaya mendapatkan penghakiman ingkar terhadap Amyza Aznan bagi kes saman fitnah siber yang difailkan oleh beliau ke atas pelakon tersebut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live