gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
"Maaf Saya Tak Dapat Nyanyi Dengan Baik" - Renjana Bikin Shiha Zikir Sebak, Umum Nak Hadiahkan RM10,000 Kepada ...
BERITA
Harga RON95 Turun Kepada RM1.99 Seliter, Beri Manfaat Kepada 18 Juta Pemandu, Penunggang Motosikal
HIBURAN
Bekas Pereka Fesyen, Januar Haikal Dedah Sikap Sebenar Izara Aishah - “Pertama Kali Jumpa, Dia Ada Photoshoot…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Zhang Yiyang Artis China Pertama Dihukum M*ti Skuad Penembak, Bunuh Kekasih Bawah Umur

Maliah Surip
Maliah Surip
22/07/2025
20:41 MYT
Sponsor Banner
Zhang Yiyang Artis China Pertama Dihukum M*ti Skuad Penembak, Bunuh Kekasih Bawah Umur
Seorang penyanyi dan pelakon China, Zhang Yiyang menjadi selebriti pertama daripada negara tersebut yang menjalani hukuman mati dengan cara ditembak oleh skuad penembak pada Disember tahun lalu.
Yiyang, berusia 30 tahun sewaktu melakukan jenayah dengan membunuh remaja perempuan berusia 16 tahun yang juga teman wanitanya.
Menurut dokumen yang dikeluarkan oleh Mahkamah Rakyat Pertengahan Kota Xianyang di Wilayah Shaanxi, teman wanita Yiyang itu dikenali sebagai Miss Zhang dan berusia 15 tahun ketika mereka mula berkenalan.
Pelakon itu mengambil keputusan membunuh kekasihnya pada 2022 selepas remaja itu mahu memutuskan hubungan mereka.
Yiyang didakwa telah membawa kekasihnya ke sebuah hutan di Xingping City untuk merayakan ulang tahunnya.
Mereka dilaporkan mula bertengkar apabila bercakap tentang memutuskan hubungan sebelum Yiyang menikam leher mangsa beberapa kali menggunakan pisau yang dibawa.
Akibat tikaman bertubi-tubi itu, Zhang diumumkan meninggal dunia, lapor CNA.
Yiyang kemudian kembali ke rumah dan membuang telefon bimbit dan pakaiannya. Dia melakukan percubaan bunuh diri di sebuah bilik hotel dengan menggunakan pisau yang sama. Lelaki itu bagaimanapun diselamatkan oleh pekerja hotel dan dihantar ke hospital.
Yiyang sempat membuat rayuan namun mahkamah memutuskan dirinya perlu melalui hukuman mati.
Topic Berkaitan
#Viral
#Kekasih
#Artis
#China
#Bunuh
#Mati
#Hukum
#Penembak
#Zhang Yiyang
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement