Skip to main content

Viral

Zii Jia Mohon Maaf, Tapi Rakyat Malaysia Tetap Berikan Sokongan – “Tak Mengapa Wira Negara..."

lee-zii-jia.jpg

Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana gagal menyumbangkan pingat pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Zii Jia tumpas kepada pemenang pingat emas edisi Rio 2016, Chen Long dari China.

“Saya tahu ramai peminat sukan tanah air mengharapkan saya untuk menghadiahkan pingat pada Olimpik kali ini.

"Sekarang ini lockdown (sekatan pergerakan), ramai yang tidak boleh keluar atau pergi ke mana-mana, asyik tengok televisyen dan beri sokongan kepada kita (atlet negara).

“Saya memohon maaf kerana tidak dapat menghadiahkan pingat seperti diharapkan," katanya selepas perlawanan tersebut.

Sungguhpun tewas, tinjauan Gempak di laman sosial Instagram (IG) Zii Jia mendapati ruangan komen dihujani dengan kata-kata semangat daripada warganet.

“Jangan risau anda sudah lakukan yang terbaik di Olimpik pertama anda. Kembali dengan lebih kuat pada masa akan datang, okay? Jangan bersedih, kami bangga dengan anda!,” tulis pengguna laman sosial OneTwoZeee.

“Permainan yang baik, kami bangga dengan anda,” tulis Amirirfun.

“Lee Zia Jia, anda sudah melakukan yang terbaik. Sending love from home, Malaysia. Perjalanan anda masih jauh, kami sentiasa menyokong anda. Terima kasih di atas kerja keras  dan semangat malam ini. Remember, we will always with you!! We proud of you!!,” kata Nrshareena.
 

Must-Watch Video

Advertisement