Watch

Zircotec hasil formula kendalian haba enjin

gempak
Public Anonymous User
22/01/2018
03:15 MYT
Sponsor Banner
Zircotec hasil formula kendalian haba enjin
Firma pakar pengurusan terma (haba) iaitu Zircotec Group (Zircotec) akan memperkenalkan satu rangkaian produk penambahbaikan enjin berprestasi di Autosport International 2018.
Autosport International 2018 akan diadakan sehingga 14 Januari lalu di NEC di Brimingham.
Rangkaian produk itu merangkumi formula penyalutan kawalan terma baharu untuk bahagian kepala silinder dan blok enjin, puncak omboh dan tapak injap.
Produk itu meningkatan prestasi enjin dan daya ketahanan dengan menguruskan peralihan haba secara efisyen melalui komponen-komponen penting dalam enjin.
Penyalutan pada kepala silinder dan blok enjin membantu mengurangkan kehilangan haba, mengurangkan suhu di bawah bonet serta meningkatkan keefisienan terma enjin.
Syarikat itu juga akan memaparkan bahagian atas omboh dan tapak injap dengan salutan itu, tetapi ia akan dilancarkan lewat tahun ini.
Salutan pada dua komponen itu bertujuan mencegah kerosakan menerusi peningkatan rintangan terma selain mengurangkan tekanan akibat peralihan haba tidak sekata.
Pada masa sama, ia mengekalkan haba dalam kebuk pembakaran dan aliran ekzos, mengelakkan aliran haba ke bahagian enjin lain dan sekali gus meningkatkan prestasi.
Ujian awal menunjukkan peralihan haba boleh dikurangkan sebanyak 20 peratus berbanding omboh yang tidak mempunyai salutan berkenaan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024