Zon Lawak
Zizan Razak Juara Super Spontan All Stars, Bawa Pulang RM150,000
Pelawak dan pelakon Zizan Razak muncul sebagai juara Super Spontan All Stars dan telah membawa pulang wang tunai berjumlah RM150,000 beserta trofi sumbangan Astro.
Keputusan tersebut sekaligus meletakkan pesaing terdekatnya, Johan di tempat kedua dan memenangi wang tunai RM75,000 serta trofi.
Sebaik sahaja keputusan diumumkan pengacara, Datuk AC Mizal, Zizan kelihatan terkejut apabila namanya disebut, mungkin tidak menyangka akan bergelar juara kerana sebelum itu, undian tertinggi memihak kepada Johan.
Zizan juga dilihat tidak dapat menahan sebak dan telah memeluk Johan ketika diumumkan sebagai juara serta turut mengalirkan air mata di bahu Johan. Zizan sebelum ini pernah memenangi Super Spontan musim pertama.
Sementara itu tempat ketiga menjadi milik Achey yang turut membawa pulang wang tunai RM50,000 diikuti Pak Yus dan Rahim yang masing-masing menerima wang tunai berjumlah RM10,000 dan RM5,000 serta trofi.
Bagaimanapun Tauke berada di tempat keenam yang telah membawa pulang wang tunai RM5,000 serta trofi.
Hadiah telah disampaikan oleh Ketua Saluran & Kandungan Komedi Astro Warna, Bob Azrai.
Gelanggang akhir Super Spontan All Starz menyaksikan para peserta berentap secara individu dan bukan berkumpulan seperti minggu-minggu sebelum ini.
Pusingan akhir Super Spontan All Starz diadakan di Dewan Raja Muda, Shah Alam, pada Jumaat bermula jam 10 malam.
Program realiti itu telah bersiaran secara langsung di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 135).
Teks Oleh: Hafiza Kamarudin
*Ucapan juara kepada para peminat yang telah mengundinya:
A video posted by Astro Gempak (@astrogempak) on
Must-Watch Video