Skip to main content

Berita

34 Lelaki Ditahan Berbog*l, ‘Layan’ Pesta Seks

Pesta seks

Seramai 34 orang lelaki tanpa pakaian atau bogel ditahan dalam satu serbuan selepas terlibat dengan pesta seks sesama jenis (gay) di sebuah bilik hotel.

Serbuan dilakukan di Hotel Midtown Residence, Surabaya pada subuh hujung minggu, lapor Detik.com.

Advertisement

Menerusi video yang diterima media massa, dapat dilihat suasana bilik hotel penuh dengan puluhan lelaki sedang berbogel diminta untuk duduk oleh pihak penguasa.

Data peribadi mereka kemudian diperiksa dan kebanyakan peserta pesta gay yang terlibat menyembunyikan muka sewaktu serbuan dilakukan.

Menurut pihak berkuasa, serbuan dilakukan atas laporan masyarakat tempatan yang mengesyaki telah berlaku kegiatan kurang bermoral di hotel tersebut.

“Kami bertindak di atas laporan masyarakat dan ternyata telah menemukan bukti yang kuat telah berlaku kegiatan tidak bermoral di dalam sebuah bilik hotel.

“Seramai 34 lelaki ditemui tanpa pakaian dan kami sedang melakukan penyelidikan lebih lanjut mengenai penganjuran pesta seks ini,” kata wakil pihak berkuasa kepada media tempatan.

Must-Watch Video

Advertisement