Skip to main content

Selebriti

8 Episod, Satu Tujuan, "Malaysia Host Wanted" Bakal Bersiaran Khamis Ini!

Mhw

Sekilas

  • Program realiti Malaysian Host Wanted mula bersiaran 18 Disember ini di Astro Ria, bertujuan melatih generasi baharu hos melalui cabaran menyeluruh selama 8 episod.
  • Peserta diuji dari segi personaliti, komunikasi, dan kreativiti dengan membentangkan idea rancangan televisyen sendiri serta menerima tunjuk ajar daripada profesional industri.
  • Enam peserta terbaik akan berpeluang menghasilkan rancangan mereka sendiri dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai RM30,000 serta laluan kerjaya sebagai hos di Astro.

Program realiti terbaharu, Malaysian Host Wanted, hasil kolaborasi Thinker Studios dan Astro Ria berperanan sebagai medan latihan sebenar untuk generasi baharu hos tanah air yang bakal mula ditayangkan pada Khamis ini.

Rancangan ini bukan sekadar pertandingan, sebaliknya sebuah “bootcamp” industri yang mencabar peserta secara menyeluruh, mental, kreativiti dan keupayaan menguasai skrin.

Sepanjang 8 episod, peserta akan diuji bermula daripada peringkat idea hingga ke pentas produksi sebenar.

Mereka bukan sahaja bersaing dari segi personaliti dan komunikasi, malah dikehendaki membentangkan idea rancangan televisyen ciptaan sendiri sekali gus menjadi langkah awal untuk menilai sama ada peserta benar-benar memahami apa yang menjadikan sebuah rancangan itu menarik, relevan dan berdaya tahan dalam industri sebenar.

Peserta akan menerima kritikan membina, tunjuk ajar dan nasihat secara langsung daripada profesional industri.

Melalui proses ini, mereka dilatih untuk mengasah idea, memperkukuh konsep dan menyampaikan visi dengan jelas,  meyakinkan serta berkredibiliti ciri utama seorang hos dan penerbit profesional.

Daripada keseluruhan peserta, enam yang terbaik akan mara ke peringkat paling seterusnya dalam menghasilkan dan menerbitkan rancangan impian mereka sendiri.

Peserta perlu menghoskan rancangan mereka, mengawal tempo, aliran segmen dan emosi penonton, selain mempamerkan gaya hosting yang konsisten dengan konsep ciptaan mereka.

Antara peserta yang bakal mencuri tumpuan termasuk Fimie Don, Fazziq Muqriz, Nina Amin,

Munaa Bella, Ceddy Ang, Daniel Cheang serta beberapa lagi bakat baharu dengan latar belakang dan personaliti berbeza.

Lebih daripada sekadar gelaran juara, pemenang Malaysia Host Wanted bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000, selain peluang membuka laluan kerjaya sebenar sebagai hos di Astro.

Malaysia Host Wanted mula bersiaran 18 Disember ini, setiap Khamis, jam 11:30 malam di Astro Ria.

Must-Watch Video

Advertisement