Skip to main content

Selebriti

Ada Sebab Syida Melvin Buat Keputusan Tak Tinggal Sebumbung Dengan Suami - “Saya Akan Mengalami Tekanan Emosi…”

Ada Sebab Syida Melvin Buat Keputusan Tak Tinggal Sebumbung Dengan Suami - “Saya Akan Mengalami Tekanan Emosi…”

Sekilas

  • Syida Melvin dan suaminya, Syafiq Azim, sudah tidak tinggal sebumbung sejak lima bulan lalu selepas Syida berpindah ke kampung bersama tiga anak mereka.
  • Syida memfailkan perceraian Disember lalu dan berharap proses itu dapat diselesaikan segera supaya anak-anak dapat kembali tinggal dan bersekolah di Shah Alam seperti biasa.
  • Syafiq masih tinggal di rumah kelamin mereka di Shah Alam, namun tiada persetujuan untuk anak-anak tinggal bersama di situ, menyebabkan Syida terpaksa menghadapi kesukaran termasuk urusan sekolah anak-anak.
Advertisement

Pempengaruh dan pelakon, Syida Melvin mendedahkan bahawa dirinya dan suami, Syafiq Azim kini tidak tinggal sebumbung sejak lima bulan lalu.

Menurut Syida, atau nama sebenarnya, Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin, 29, dia kini menetap di kampung bersama tiga cahaya matanya, manakala suaminya masih tinggal bersendirian di rumah kelamin mereka di Shah Alam.

Advertisement

“Hubungan dengan Syafiq, kami sudah tidak lagi tinggal sebumbung sejak raya hari itu, dan sudah lima bulan tidak duduk bersama.

“Saya dan anak-anak duduk dikampung dan dia duduk di rumah kelamin, rumah itu atas nama saya. Dia tinggal berseorangan di sana,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam pada Khamis.

Jelas Syida lagi, keputusan untuk berpindah dibuat selepas dia berasakan keadaan itu lebih baik demi menjaga emosinya walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai kesukaran termasuk urusan persekolahan anak-anak.

“Rumah itu rumah kelamin kami, dan bila saya failkan perceraian, adalah beberapa isu yang saya rasa kalau saya tinggal lagi bersama satu bumbung, saya akan mengalami tekanan emosi yang melampau.

“Sebab itu saya ambil langkah untuk keluar dari rumah tersebut. Tapi apabila dah lama sangat dan sekarang sudah memasuki bulan Ogos, dia masih lagi tak ada rasa nak beralah, nak bagi ruang untuk anak-anak duduk di situ dengan saya, tiada.

“Jadi sebab itulah saya terpaksa keluar daripada rumah dan adalah beberapa isu terjadi yang masih belum selesai sampai sekarang,” jelasnya.

Dalam pada itu, Syida juga berharap segala urusan berkaitan perceraiannya dapat diselesaikan dengan segera agar anak-anak dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa.

“Tengoklah macam mana selepas ini, sepatutnya saya dan anak-anak duduk di situ sebab mereka bersekolah.

“Bila jadi begini, saya terpaksa pulang ke kampung sebab tak ada tempat tinggal dan anak-anak pun terpaksa pindah sekolah.

“Saya apply sekolah di Penang, tapi tak ada sekolah yang nak terima sebab dah nak hujung tahun. Jadi kesianlah dekat anak-anak sebab terpaksa, tiba-tiba tak dapat nak pergi sekolah.

“Saya harap selepas selesai jatuh talak, pihak sana dapat fikirlah sikit supaya anak-anak boleh duduk rumah macam biasa balik dan juga bersekolah di Shah Alam seperti biasa.

“Anak-anak tahu, walaupun mereka baru berusia lima dan enam tahun tapi mereka faham,” ujarnya.

Terdahulu, Disember tahun lalu, Syida dilaporkan telah memfailkan cerai terhadap suaminya, Syafiq Azim di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor.

Perkara itu disahkan oleh peguam mewakili Syida iaitu Nurul Jamaliah yang memaklumkan bahawa prosiding berkaitan rumah tangga pasangan itu kini sedang berjalan di mahkamah.

Untuk rekod, Syida atau Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin, 29, mendirikan rumah tangga dengan Mohamad Syafiq Azim Shaheen, 37, pada 19 Januari 2019.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Safa Safeera, Sara Sajedda dan Serhan Isa. 

Untuk info, Syafiq Azim merupakan anak kepada Iron Lady Malaysia, Allahyarham Datuk Dr Maznah Hamid.

Anda mungkin berminat dengan

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

YAN@YAN Seluar Pastel dengan Reben Lace | Lembut & Bergaya-P002

YAN@YAN Seluar Pastel dengan Reben Lace | Lembut & Bergaya-P002

Love Maya Ocean Indulgence (2 x 400ml)

Love Maya Ocean Indulgence (2 x 400ml)

Clashe Baju Kemeja Perempuan Style CORDUROY Loose-Fitting Wanita Party Elegant 3/4 Sleeve Crew Neck Blouse Viral Terkini

Clashe Baju Kemeja Perempuan Style CORDUROY Loose-Fitting Wanita Party Elegant 3/4 Sleeve Crew Neck Blouse Viral Terkini

7pcs Woman Underwear Spender Perempuan Seluar Dalam Panties Women Mid Waist Set Wanita Woman Silk Spenda

7pcs Woman Underwear Spender Perempuan Seluar Dalam Panties Women Mid Waist Set Wanita Woman Silk Spenda

Seluar Bootcut Women Trousers Long Palazo New Fashion Female Loose Casual Pants

Seluar Bootcut Women Trousers Long Palazo New Fashion Female Loose Casual Pants

Must Watch Video

Advertisement