Skip to main content

Selebriti

"Ada Yang Buat Kiraan Saya Akan Gagal" - Khairul Aming Mohon Orang Ramai Beri Ruang Untuk Berniaga

KHAIRUL AMING RUANG

Sekilas

  • Khairul Aming baru sahaja mengumumkan pembukaan restoran pertamanya, Rembayung, yang dijangka beroperasi pada Januari tahun depan dengan pelaburan sehingga RM4 juta.
  • Beliau menerima pelbagai pujian, kritikan, dan persoalan mengenai perniagaan itu, termasuk sistem tempahan dan reka bentuk restoran.
  • Khairul memohon orang ramai memberi ruang dan kepercayaan untuk mencuba perniagaan tersebut sambil menerima sokongan daripada netizen.

Belum lagi dibuka secara rasmi namun pemilik restoran Rembayung, Khairul Aming akui telah menerima banyak respon daripada netizen. 

Menerusi perkongsian di Threads, Khairul atau nama lengkapnya Khairul Amin Kamarulzaman memahami segala kerisauan yang disuarakan oleh netizen mengenai restorannya itu.

"Saya faham ada banyak persoalan yang keluar. Kenapa lokasi di situ, kenapa buat sistem tempahan, kenapa invest sebanyak ini, macam mana nak cuci cermin kaca, kenapa pakai pokok plastik, akan pakai ayam organik ke nanti, kenapa siling tinggi, kenapa ambil risiko besar dan sebagainya," tulisnya.

Pempegaruh yang popular dengan siri 30 hari 30 resepi itu akui sangat menghargai setiap maklum balas yang diterima namun memohon agar orang ramai memberi ruang dan kepercayaan untuk dirinya mengendalikan perniagaan tersebut terlebih dahulu.

"Saya amat hargai semua maklum balas tersebut, namun saya mohon untuk bagi ruang saya cuba berniaga dahulu. Ini percubaan saya untuk kembangkan F&B tempatan secara offline. Saya faham investment besar dan risiko tinggi, tetapi tolong benarkan saya mencuba dahulu.

Berikut merupakan luahan penuh daripada Khairul Aming:

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tampil memberikan sokongan penuh kepada Khairul selain menasihatnya agar tidak mempedulikan komen- komen negatif.

"Jalan terus KA.

"Jangan risau, kami ada dengan awak.

"Abaikan mereka dan terbang tinggi. Kami sokong.

"KA tak perlu jelaskan pada merka. Jadi diri sendiri dan teruskan sahaja," komen netizen

Terdahulu, Khairul mengejutkan ramai apabila mengumumkan pembukaan restoran pertamanya ‘Rembayung’ yang dijangka beroperasi mulai Januari tahun depan.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Khairul Aming berkata, projek tersebut adalah antara pelaburan terbesar pernah dilakukannya sepanjang bergelar usahawan dan menelan kos sehingga RM4 juta.

Must-Watch Video

Advertisement