Skip to main content

Rancangan TV

AIM24: "Lagu Kelantan Pertama Menang Kategori Lagu Etnik Terbaik" - Eddie Hamid

AIM CINTA SETANDAN PISANG

Lagu Cinta Setandan Pisang mencipta rekod selepas memenangi kategori Lagu Etnik Terbaik Anugerah Industri Muzik 24 (AIM24).

Komposer, Eddie Hamid meluahkan rasa syukur atas kemenangan tersebut dan memberi bayangan akan hadir dengan kesinambungan lagu tersebut.

Advertisement

"Alhamdulillah, ini lagu Kelantan Pertama yang menang AIM.

"Tunggu ada sambungan lagu Adik Sayang Abe Sore," katanya.

Kemenangan melayakkan mereka membawa pulang trofi dan RM50,000 peruntukan Dana Kandungan Kreatif (DKK) daripada Kementerian Komunikasi melalui MyCreative Ventures (MyCV).

Sementara itu, penyanyi Den Manjo turut mendedikasikan kemenangan tersebut buat rakan duetnya, Eda Ezrin.

Den Manjo juga berharap orang akan memberikan sokongan padu terhadap lagu dialek Kelantan selepas ini.

"Eda Ezrin, ini untuk anda.

"Terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan terhadap lagu dialek Kelantan. Teruskan menyokong," ujarnya.

Bagaimanapun, kelibat Eda atau nama lengkapnya Wan Norsahidah Azlin Wan Ismail, 30, tidak kelihatan bagi menerima anugerah terbabit

Lagu Cinta Setandan Pisang menewaskan lagu Menyantun Kasih nyanyian Siti Nordiana, Magis (Datuk Seri Siti Nurhaliza), Kalam (Shiha Zikir) dan Oh Huminodun (Elica Paujin).

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement