Sekilas
- Jule, pempengaruh media sosial Indonesia, memohon maaf atas kontroversi yang melibatkan dirinya sebelum ini melalui Instagram Story.
- Beliau mengakui kesilapan dan menghargai komen membina serta kritikan yang diterima sambil memohon peluang untuk memperbaiki diri.
- Kontroversi bermula selepas tular foto dan video mesra Jule dengan beberapa individu, termasuk seorang atlet tinju dan teman lelaki kawan baiknya, walaupun beliau sudah bercerai pada Disember tahun lalu.
Pempengaruh media sosial Indonesia, Jule tampil memohon maaf atas segala kontroversi yang tercetus dari pihaknya sebelum ini.
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Jule akui kekhilafannya dan menghargai segala komen membina mahupun kritikan yang dilemparkan padanya.
"Aku minta maaf atas segala pergaduhan terjadi. Aku mengaku banyak kesalahan yang aku dah buat.
"Terima kasih atas segala komen yang baik mahupun buruk. Aku hargai komen yang memberikan kata-kata semangat," tulisnya.
Dalam masa sama, dia memohon agar orang ramai memberikan peluang atau ruang untuk dirinya perbaiki diri dan menjadi lebih baik.
"Terlepas dari apa pun yang terjadi pada masa lalu atau akan datang, tidak ada kaitan dengan keputusan yang dibuat pada saat ini.
"Izinkan aku menjadi diri sendiri tetapi tidak menutup ruang untuk aku belajar lebih baik lagi setiap hari," ujarnya.

Sebelum ini, tular beberapa foto dan video mesra yang didakwa mirip Jule dengan seorang atlet tinju dari Indonesia.
Lebih mengejutkan apabila turut tersebar aksi pasangan ini berciuman dan meluangkan masa bersama di sebuah bilik ketika Jule masih memegang status seorang isteri.
Tidak lama kemudian, tular foto mesra Jule bersama teman lelaki kawan baiknya, Aya Balqis iaitu pempengaruh Indonesia, Yusman Kusuma atau lebih dikenali dengan panggilan Yuka.
Untuk rekod, Jule bernikah dengan Na Daehoon pada 31 Julai 2021, namun disahkan bercerai pada 30 Disember tahun lalu.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.