Skip to main content

Berita

Akui Masih Tak Boleh 'Move On', Uyaina Arshad Imbau Semula Kehilangan Arwah Abang - "Dia Ibarat Seorang Ayah"

Astrogempak

Sekilas

  • Uyaina Arshad berkongsi kenangan pilu tentang pemergian abang sulungnya ketika dia sedang sarat mengandung anak pertama.
  • Abangnya meninggal dunia akibat serangan jantung ketika berbasikal pada 19 Ogos 2022, dua minggu sebelum kelahiran anaknya.
  • Abang sulung Uyaina dianggap sebagai figura ayah selepas kematian ayah mereka ketika dia berusia 5 tahun, dan kehilangan itu masih dirasai hingga kini.

Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad mengimbau kembali momen pemergian abang sulungnya, Mohd Attaful Uzair Arshad.

Menerusi perkongsian di Threads, Uyaina berkata abangnya meninggal ketika dia sedang sarat hamil anak pertama.

Uyaina turut menggambarkan situasi ketika itu amat pilu dengan tangisan dan teriakan darinya sebaik sahaja menerima berita pemergian abangnya itu.

"Abang sulung saya meninggal ketika saya sedang sarat mengandung anak pertama iaitu dua minggu sebelum terikh kelahiran. Perkara itu berlaku pada empat tahun lepas.

"Apabila suami saya sampaikan berita itu pada saya, saya meraung sekuat-kuatnya. Lemah kaki nak berdiri. Saya tak boleh bayangkan perasaan ibu saya," tulisnya.

Meskipun perkara tersebut telah berlaku pada empat tahun lepas, namun kehilangannya masih segar di ingatan Uyaina terutama apabila abangnya itu merupakan tulang belakang keluarganya.

"Ayah saya meninggal ketika saya berusia 5 tahun. Jadi, abang saya ibarat seperti figura seorang ayah. Dia lah kepala keluarga kami. Sejujurnya, saya tak rasa saya boleh move on,"ujarnya.

Terdahulu, abang sulung Uyaina iaitu Mohd Attaful Uzair Arshad meninggal dunia akibat serangan jantung ketika berbasikal pada 19 Ogos 2022. 

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement