Penyanyi, Nabila Razali akui sedikit kesal apabila bertanyakan maksud sebenar perkataan 'kacip' di media sosial miliknya.
Nabila atau nama lengkapnya, Nur Nabila Mohd Razali berkongsi bahawa dia sejujurnya tidak tahu sama sekali maksud di sebalik perkataan tersebut.
Advertisement
"Sejujurnya saya memang tidak tahu apakah maksud di sebalik perkataan kacip itu, sebab itu saya bertanya.
"Bila saya tahu maksud yang sebenar, saya macam menyesal tanya," katanya ketika ditemui Gempak.
Menurut Nabila, dia kini sudah memahami konteks penggunaan perkataan itu selepas membaca penjelasan daripada netizen di ruangan komen.
"Kalau ikutkan maksud kacip yang sebenar adalah perkara yang tidak bagus, namun saya faham kita ada dua maksud. Satu ikut kamus dewan bahasa dan pustaka, satu lagi ialah penggunaan di media sosial.
"Saya ingatkan penggunaan kacip itu adalah untuk sembang kelakar, malangnya tidak. Jadi, kepada penonton, jangan ulang perkataan itu," pesannya.
Dalam masa sama, Nabila turut memohon maaf sekiranya pertanyaannya sebelum ini memberi tanggapan negatif atau mendorong pengikutnya menggunakan perkataan tersebut.
"Saya nak minta maaf jika pertanyaan saya itu telah mengundang tanggapan yang negatif pada pengikut setia saya yang menggangap boleh menggunakan perkataan tersebut," ujarnya.
Terdahulu, Nabila mencuri perhatian ramai selepas memuat naik hantaran bertanyakan maksud sebenar perkataan ‘kacip’ yang semakin tular digunakan di media sosial.