Sekilas
- Zila Bakarin memuji keberanian Aliff Aziz yang mahu buat kemunculan semula dengan sikap positif dan tidak terikat dengan kisah silam.
- Aliff dilaporkan ingin membawa nafas baharu dalam kerjaya dan kehidupan peribadi selepas mengakui kesilapan lalu.
- Zila mengingatkan Aliff supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama pada masa akan datang.
Bintang Kilauan Emas Selebriti, Zila Bakarin mencuri tumpuan selepas meninggalkan komen pada sebuah hantaran media mengenai pelakon, Aliff Aziz.
Menerusi perkongsian di Threads, Aliff dilaporkan mahu membuat kemunculan semula dengan membawa nafas baharu yang lebih positif serta tidak lagi mahu terus terikat dengan kisah silam.
Mengulas mengenai perkara itu, Zila memuji keberanian Aliff untuk mengakui kesilapan yang pernah dilakukan dan mengambil langkah untuk berubah menjadi insan yang lebih baik.
Bagaimanapun, Zila turut mengingatkan Aliff supaya tidak mengulangi kesilapan sama pada masa akan datang.
“Baguslah. Tiada yang sempurna. Buat salah, minta maaf dan mengaku kesalahan. Simple. Selepas ini, kau buat lagi memang kau siap,” tulisnya.