Skip to main content

Selebriti

Amyza Aznan Anggap Wan Sakinah ‘Hero Sebenar’, Ada Bersama Andre Mikhail Hingga Nafas Terakhir - “Tanpa Rasa Geli Atau Jijik Membersihkan…”

Bakar isteri

Sekilas

  • Amyza Aznan mengucapkan terima kasih kepada Wan Sakinah yang membantu menguruskan arwah anaknya, Andre Mikhail, sehingga akhir hayat.
  • Wan Sakinah dianggap sebagai hero sebenar kerana setia menjaga Andre walaupun dalam keadaan sukar tanpa rasa jijik.
  • Andre Mikhail meninggal dunia akibat kanser paru-paru pada 22 Februari dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana.
Advertisement

Pelakon, Amyza Aznan mengungkapkan penghargaannya kepada wanita yang dikenali sebagai Wan Sakinah yang membantu menguruskan arwah anaknya, Andre Mikhail.

Menerusi perkongsian di Instagram, Amyza memuat naik foto Wan Sakinah yang turut menziarahi kubur arwah Andre sambil menyifatkan wanita itu sebagai hero sebenar kerana sentiasa berada bersama anaknya hingga hujung hayat.

Advertisement

"Hero sebenar, terima kasih Wan Sakinah. Ini lah gadis yang bersama Allahyarham Andre Mikhail.

"Tanpa rasa geli atau jijik membersihkan Andre sewaktu diawal Andre tidak mampu uruskan diri sendiri.

"Dia bersama Andre hingga nafas terakhir. Anak yang baik dari keluarga yang baik,"tulisnya.

Terdahulu, Allahyarham Andre Mikhail menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur pada 22 Februari lalu, kira-kira jam 10.15 malam akibat kanser paru-paru.

Jenazah kemudian selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana pada keesokan harinya selepas disolatkan di Masjid Al Khairiah, Keramat AU3, Kuala Lumpur.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement