Skip to main content

Selebriti

Angkara Keluarga Sendiri, Haqiem Stopa Tak Dapat Jumpa Anak - "Tak Pernah Seumur Hidup Aku Gaduh Dengan Darah Daging"

Kakak haqiem stopa

Sekilas

  • Kakak kepada Haqiem Stopa berkongsi tangkap layar perbualan yang menunjukkan Haqiem meminta dia tidak masuk campur urusan rumah tangganya.
  • Haqiem meluahkan rasa kecewa kerana pergaduhan keluarga menyebabkan dia tidak dapat jumpa anaknya.
  • Kisah rumah tangga Haqiem dan Aireena menjadi tumpuan selepas Aireena memfailkan permohonan cerai dan prosiding masih berjalan.

Kakak kepada pempengaruh Haqiem Stopa mencuri perhatian selepas berkongsi tangkap layar perbualan bersama adiknya itu di media sosial miliknya.

Menerusi perkongsian di Tiktok Story, kakaknya dengan username @dainiscarf itu meluahkan rasa kecewa selepas menerima mesej daripada Haqiem untuk tidak masuk campur urusan rumah tangganya.

"Ketar tangan aku nak balas tetapi bila memikirkan gila yang bercampur dengan biol, bazir air liur sahaja. Aku tak kisah pun nak jadi apa dengan kau, asalkan hidup kau bahagia.

"Aku cuma tak mahu lihat kau sakit dan dengar orang lain jumpa kau di tepi jalan sambil membawa tin hanya disebabkan seorang perempuan," tulisnya.

Berikut merupakan mesej dari Haqiem: 

"Aku dah banyak kali pesan, jangan masuk campur urusan rumah tangga aku. Korang dah besar. Sendiri boleh fikir. Sebab korang, hidup aku huru-hara. Kalau korang berambus pun aku tak hairanlah. 

"Jaga diri masing-masing. Tak pernah semur hidup aku gaduh dengan darah daging aku sendiri. Masing-Masing tiada akal. Jaga rumah tangga sendiri. Sebab perangai bod*h korang la aku tak dapat jumpa anak aku," ujar Haqiem.

Sebelum ini , Aireena tampil mendedahkan rakam video pengakuan remaja yang mendakwa dia tidur sebilik bersama Haqiem.

Kisah rumah tangga pasangan ini mula meraih perhatian selepas  Aireena tampil memfailkan permohonan cerai terhadap Haqiem pada 4 November lalu dan prosiding tersebut masih dijalankan di mahkamah. 

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 11 Oktober tahun lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Hud, yang kini berusia tiga bulan.

Must-Watch Video

Advertisement