Sekilas
- Pelakon Hariz Hamdan berkongsi pengalaman sukar ketika mula menceburi bidang hiburan pada usia 18 tahun selepas menyertai Hero Remaja.
- Semasa makan bersama keluarga, Hariz memberi lebihan ayam goreng kepada seekor kucing sambil berdoa agar rezekinya dipermudahkan.
- Sebulan selepas itu, Hariz mendapat tawaran kerja pertamanya dan empat tahun kemudian, dia semakin menyukai kucing serta bersyukur dengan rezeki yang diterima.
Pelakon, Hariz Hamdan mengimbau detik sukar ketika dia baru sahaja menceburi bidang hiburan.
Hariz berkongsi bahawa ketika itu dia hanyalah seorang remaja berumur 18 tahun yang sedang berusaha menaikkan namanya selepas menyertai rancangan realiti Hero Remaja.
"Masih ingat lagi sewaktu saya berumur 18 tahun dan baru sahaja selesai SPM serta Hero Remaja. Nama saya tiada lagi dan saya masih 'struggle' ketika itu," tulisnya.
Menurut Hariz, ketika sedang makan bersama keluarganya di sebuah restoran, seekor kucing tiba-tiba menghampirinya meminta makanan.
Tanpa berfikir panjang, Hariz memberikan lebihan makanannya kepada kucing itu sambil berdoa agar perkongsiannya dibalas dengan rezeki yang lebih baik.
"Sewaktu saya sedang makan bersama keluarga di sebuah restoran, tiba-tiba ada seekor kucing yang menghampiri saya untuk meminta makanan.
"Tanpa fikir panjang, saya ambil lebihan ayam goreng dan beri pada kucing tersebut sambil berdoa agar kucing tersebut mendoakan rezeki saya," ujarnya.
Siapa sangka, selepas peristiwa itu, Hariz mendapat tawaran kerja pertamanya sebulan kemudian. Empat tahun kemudian, dia berpeluang bertemu lebih ramai insan yang membuatkan dia semakin menyukai makhluk ciptaan Tuhan itu.
"Selepas sebulan, saya dapat kerja pertama saya. Empat tahun kemudian, saya berjumpa dengan lebih ramai orang yang membuatkan saya lebih menyukai kucing. Allah itu hebat," tambahnya.
Sumber: Threads