Sekilas
- Polis Nepal mengeluarkan senarai nama 23 rakyat Malaysia yang dilaporkan hilang dalam bencana banjir di negara itu.
- Senarai lengkap dengan nama, tarikh lahir dan negara asal boleh diakses melalui laman Facebook Polis Nepal bersama gambar mayat mangsa yang belum dikenal pasti.
- Jumlah korban banjir kilat meningkat kepada sekurang-kurangnya 389 orang dengan lebih 900 masih hilang, manakala operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan.
Polis Nepal pada Khamis mengeluarkan senarai nama individu yang hilang dalam bencana banjir di negara itu, termasuk warga asing.
Senarai tidak lengkap yang disiarkan di laman Facebook Polis Nepal setakat 1 tengah hari waktu tempatan memaparkan nama lapan wanita dan 15 lelaki dari Malaysia yang dilaporkan hilang.
Senarai itu antara lain mengandungi nama, tarikh lahir dan negara asal mereka.
Nama yang disenaraikan ialah:
1. Mohd Fakhrul Munir Bin Mohd Isa, 44
2. Mangala Vanan Krishnasamy, 50
3. Malani M Vellu, 49
4. Lingam Samykanoo, 49
5. Letchumy Sinnappan, 47
6. Krishnan Vadivelu, 74
7. Komathi Rethinam, 48
8. Kirubanithi Alagappan, 38
9. Karunanithi Sundram, 65
10. Kannan Kerisna, 51
11. Kalaiselvi P Narayanasamy, 65
12. Kalai Mathe Karuppaiah, 57
13. Jason Ngeow, 56
14. Inthumathy Subramaniam, 54
15. Gunavathy Muthusamy, 60
16. Gunanesan Vellaisamy, 58
17. Eswary Maniraj, 35
18. Brabaakaran Krishnan, 47
19. Balasingam Kesavan, 71
20. Azman Bin Karim, 60
21. Arunasalam Karuppiah, 70
22. Appannah A Muthaloo, 56
23. A Ganesan Anandan, 52
Terdahulu, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata jumlah rakyat Malaysia yang masih hilang susulan banjir yang membawa kemusnahan besar di Nepal masih belum disahkan oleh pihak berkuasa negara itu.
Polis Nepal turut menyediakan senarai dan gambar mayat mangsa yang belum dikenal pasti dalam bencana itu bagi membantu ahli keluarga membuat pengecaman. Senarai dan gambar berkenaan boleh diakses dengan mengimbas kod QR yang terdapat di laman Facebook Polis Nepal.
Sementara itu umlah korban akibat banjir kilat tersebutl terus meningkat kepada sekurang-kurangnya 389 orang, manakala lebih 900 lagi masih hilang ketika operasi mencari dan menyelamat giat dijalankan di kawasan terjejas di Nepal dan Tibet.
Sumber: BERNAMA